Erra Fazira Akhirnya Lancar Lagu Terbaru ‘Menangkah Cinta’

Setelah lebih dari 10 tahun tidak tampil dengan lagu solo, akhirnya penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal Erra Fazira telah muncul dengan lagu terbaru berjudul ‘Menangkah Cinta.’

Menangkah Cinta adalah lagu ciptaan komposer terkenal Hafiz Hamidun dan lirik hasil nukilan penulis lirik tersohor Iman Imran.

 

Video lirik lagu berkenaan telah pun dimuatnaik di saluran YouTube beberapa hari yang lalu dan mendapat maklum balas yang baik dari peminat-peminat primadona negara itu.

Rata-rata mereka berasa gembira apabila Erra Fazira akhirnya tampil dengan lagu baru setelah sekian lama menyepi dari arena seni suara.

Lagu ‘Menangkah Cinta’ khabarnya turut akan digunakan sebagai lagu tema untuk sebuah drama yang akan ditayangkan di TV3.

Namun peminat harus menunggu untuk menyaksikan muzik video rasmi lagu berkenaan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk dengarkan lagu ini di semua platform digital.

Tahniah dari SalamToday buat Erra Fazira di atas pelancaran lagu terbaru ini. Semoga nama Erra akan kembali menyinar dan mewarnai arena muzik tempatan.