Erra Fazira Bakal Tunaikan Ibadah Haji

Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira bakal menjadi tetamu Allah apabila tahun ini beliau akan mengerjakan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji.

Menurut Erra, sudah lima tahun beliau memasang impian untuk mengerjakan haji, namun baru tahun ini beliau berkesempatan dijemput menjadi tetamu Allah.

Inshaallah saya akan berangkat ke Tanah Suci pada awal bulan hadapan. Sebenarnya sudah lebih lima tahun saya meyimpan hasrat, tetapi ada syarat-syarat yang patut kita patuhi dan tahun ini adalah masa yang sangat sesuai. Usia saya juga memang sudah layak dan Alhamdulillah saya mendapat seruan haji tahun ini”.

Pengacara program Mingguan Wanita ini juga bakal menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Tambahnya, beliau agak sedikit gementar kerana ini adalah kali pertama beliau akan menunaikan ibadah haji.

Sejujurnya saya sedikit gementar kerana ini adalah perjalanan di antara kita dengan tuhan. Tetapi pada masa yang sama saya sangat-sangat teruja dan tidak sabar untuk ke sana”.

Erra juga telah mempersiapkan dirinya dengan menghadiri kelas serta kursus panduan haji selain bertanya kepada individu yang sudah berpengalaman menunaikan ibadah haji.

SalamToday turut menumpang gembira dengan perkhabaran ini. Kami doakan semoga perjalanan serta ibadah Erra akan dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

Erra ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik terbaru AS Legacy dimana Erra telah dilantik sebagai duta rasmi jenama itu.

 

Gambar: Bustamam Mokhtar, White Studio