Ezuwan Ismail Kembalikan Nostalgia Tradisional Dalam Koleksi Rindu Lebaran

Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail telah mempersembahkan koleksi terbaru sempena Aidilfitri 2019 di pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya baru-baru ini yang diberi nama Rindu Lebaran.

Untuk tahun ini, Ezwan mengembalikan rekaan tradisional seperti kurung, kurung pesak gantung, kebaya dan kurung kedah. Tidak terkecuali baju melayu teluk belanga.

“Saya suntik elemen baru selari dengan citarasa zaman IT menerusi penggunaan fabrik daripada broked lace, linen dan french lace yang ditambah dengan perincian minimalis sesuai untuk keselesaan beraya di desa dan di kota.”

“Terdapat pelbagai pilihan dalam warna pastel seperti merah jambu, biru firus, kuning gading dan juga warna pekat seperti merah senduduk, hijau zamrud dan hitam kumbang.”

“Koleksi untuk lelaki terdiri daripada rekaan baju melayu Johor dengan penggunaan fabrik bercorak kekotak dan garis vertikal daripada fabrik linen serta kapas dengan padanan warna pastel,” jelas Ezuwan.

Jangan lupa untuk dapatkan kesemua koleksi ini di butik Ezuwan Ismail.

 

Foto : Ezuwan Ismail