FAMA komited bantu petani dan usahawan keluar dari kemiskinan

Uncategorized Hafiz Firdaus 03-Dis-2019

NIBONG TEBAL, 3 Dis — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), melalui program tahunan Rezeki Tani FAMA, komited untuk membasmi kemiskinan para petani dan usahawan yang berdaftar dengannya.

Ishak Ismail, Pengerusi FAMA menerangkan bahawa program ini mengumpulkan 50 usahawan dan petani terpilih berdasarkan kriteria khas, melalui sistem e-Kasih (sistem pengkalan data keluarga miskin peringkat nasional).

Para peserta yang terlibat menerima barang-barang peralatan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti perniagaan mereka, melalui bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.

Usaha ini sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan am dan juga latihan teknikal.