Farkhan lakar sejarah julang tali pinggang antara benua IBF

Uncategorized Hafiz Firdaus 30-Dis-2019
Tinju Malaysia
© Kevkhiev Yury | Dreamstime.com

JOHOR BAHRU, 29 Dis — Muhammad Farkhan Haron, peninju profesional negara telah berjaya menjulang tali pinggang Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) apabila menewaskan Pascal Abel Ndomba dari Tanzania menerusi pukulan ‘teknikal knock out’ (TKO) di pusingan ketujuh pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Muhammad Farkhan tidak menyangka pertarungan itu berakhir awal setelah diberikan saingan sengit oleh Ndomba.Beliau yang berasal dari Johor telah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 11 perlawanan,

Beliau juga mempertahankan gelaran Juara Asia Kelas Cruiserweight, Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight, Majlis Tinju Dunia (WBC).