Farkhan tumbangkan petinju Tanzania, pertahan tiga tali pinggang kejuaraan

Kehidupan Adea Ghafar 30-Dis-2019
Tinju Malaysia
© Kevkhiev Yury | Dreamstime.com

Farkhan Haron, peninju negara berjaya menumbangkan juara Afrika dari Tanzania, Pasca Ndomba, dengan technical knock-out (TKO) dan mempertahankan tiga tali pinggang kejuaraan di Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di Iskandar Puteri.

Perlawanan tamat di pusingan ketujuh setelah bertarung selama 20 minit, dengan dua tumbukan tepat di ulu hati dan rusuk Ndomba memastikan kemenangan Farkhan.

Farkhan berkata, kemenang dengan TKO ini tidak dijangka, apatah lagi dengan kecederaan di tangan kanannya dan Ndomba amat agresif dan juga lebih berpengalaman. Dalam pusingan ketujuh, dua tumbukan tepatnya berjaya menumbangkan Ndomba.

Beliau kini memiliki rekod kemenangan tanpa kalah sebanyak 11-0.