FAS sasar lahir 250 pengadil di Selangor menjelang akhir 2020

Uncategorized Adea Ghafar 29-Dis-2019
Stadium Shah Alam, Selangor
Stadium Shah Alam, Selangor © Shariff Che\' Lah | Dreamstime.com

SHAH ALAM, 29 Dis — Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mensasarkan dalam masa setahun, seramai 250 pengadil bertauliah akan dilatih bagi mengadili perlawanan bola sepak di Selangor, demikian menurut Abdul Basith Abdul Hamid, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS yang ditemui di majlis Perasmian Seminar Pengadil Persatuan Bola Sepak Liga FAS 2020.

FAS telah menyusun beberapa program untuk menarik minat golongan belia, termasuk kaum wanita untuk menjadikan bidang pengadilan sebagai kerjaya kedua yang mampu menjana pendapatan dan menambahbaik taraf ekonomi mereka.

Seminar yang dihadiri 174 pengadil bagi Liga FAS musim 2020 itu telah mengulangkaji undang-undang permainan sebagai persediaan pengadilan berkualiti.