Fenomena buli – kesan kepada individu dan masyarakat

Kehidupan Zalika Adam 12-Ogo-2020
Fenomena buli © Gwmb2013 | Dreamstime.com

(Terjemahan dari SalamWebToday bahasa Arab)

Buli merupakan salah satu jenis permusuhan dalam masyarakat. Gejala ini menjadi semakin meluas dan meresap dalam kehidupan moden kita. Terutamanya setelah berkembangnya kemajuan teknologi yang pesat sehingga melampaui batasan. Gejala ini juga melibatkan amalan ganas dan tingkah laku agresif oleh sekumpulan manusia atau individu, terhadap orang lain yang tinggal bersama-sama mereka.

Fenomena ini semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah, kerana pengalaman hidup mereka yang terhad, terutama dari sudut sosial. Ia disifatkan sebagai perkara yang berulang kerana berlaku pada setiap masa. Serangan terhadap orang lain dianggap melakukan perkara yang keji dengan menggunakan kekuatan dan penguasaan terhadap beberapa individu.

Hal ini disebabkan kerana mereka yang melakukan buli, menggunakan kekuatan fizikal mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Secara umumnya, individu pembuli atau orang yang kena buli, telah terdedah kepada masalah psikologi yang serius dan berterusan. Gejala buli bukanlah suatu sikap yang tetap, ia terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:

  • Buli lisan: Ia amat tersebar di kalangan kanak-kanak. Mereka menggunakan kata-kata tertentu seperti nama nama gelaran dan timangan yang melucukan seseorang individu dengan tujuan menghina atau menulis pelekat yang menyinggung perasaan seseorang.
  • Buli yang ganas: Iaitu jenis yang mengandungi ancaman dan menakutkan.
  • Buli gangguan seksual: Ia dianggap sebagai kelakuan kelam kabut yang mengganggu, sehingga menyebabkan banyak kemudharatan psikologi dan sosial.
  • Buli perkauman: Iaitu buli yang paling berbahaya. Ia menyebabkan urusan sesama manusia dengan tujuan jantina tertentu atau agama.
  • Buli gangguan elektrik: Ia menggunakan elektrik yang pelbagai, melalui internet atau telefon dengan tujuan paksaan, ancaman, intimidasi (menakutkan).

Buli mempengaruhi dua keadaan, iaitu individu dan masyarakat:

Individu

Mangsa individu yang terdedah kepada buli akan menderita, berasa gelisah dan sedih. Pada kebiasaannya, sekiranya perkara itu berlanjutan dalam tempoh waktu yang lama, dia akan mengalami kemurungan yang teruk dan boleh menyebabkan keruntuhan akhlak. Manakala dari sudut pendidikan, jika dia berada di peringkat awal pembelajaran, akan memberi kesan terhadap pencapaiannya, akhirnya akan menyebabkan ponteng sekolah.

Seterusnya, turut berlaku perubahan dalam rutin harian, gangguan tidur, perubahan cara makan, sambil menjauhkan diri dari aktiviti kegemaran dan cenderung untuk mengasingkan diri dari kebencian terhadap masyarakat. Bagi pembuli yang melakukan pencerobohan ini, dia boleh menyebabkan penyakit mental, perasaan tua, sanjungan, dan berbangga dengan kehebatan diri. Masaalah ini memberi kesan yang besar dan mempamirkan diri bagi menghadapi pelbagai masalah sosial dan psikologi.

Sosial atau masyarakat

Buli dianggap memberi kesan dengan cara pemerhatian dan secara zahir. Namun, kesannya jelas kerana ia menyebabkan kesukaran untuk berkawan dan hidup bersosial dan emosi yang betul. Tambahan pula, tiada keyakinan pada orang lain dan diri sendiri serta berasakan perasaan negatif yang terpisah, seperti: kemarahan, kesedihan, kepahitan, kelemahan, dan menyendiri.  Hal ini memberi kesan yang besar terhadap hubungan sesama manusia dengan orang lain.

Kemungkinan, mangsa akan sampai kepada tahap membunuh diri, disebabkan apa yang dilalui. Kejadian yang menyakitkan ini, mempengaruhi kesedaran psikologi dan berlakunya pelbagai tingkah laku. Bahkan, boleh menyebabkan berlakunya beberapa perkara yang dilarang, seperti mengambil dadah, minum arak dan memabukkan. Kejadian ini berlaku kerana dia merasakan, hilangnya ingatan dan kesakitan yang dialami dalam dunia sebenar.

Bagi individu-individu yang dibuli, mereka berasa amat sukar dan tidak mampu untuk mengembalikan anak-anak mereka kepada keadaan sebelumnya. Pada awalnya, situasi menjadi sukar. Setelah beberapa ketika, mereka berasakan bahawa pengasingan dan kesatuan adalah jalan keluar yang cepat untuk keluar dari kedudukan itu.

Mereka juga hidup dalam suasana yang mencurigakan yang penuh dengan kesedihan dan kepahitan, dan berasa kegagalan untuk melindungi anak mereka atau orang yang mereka cintai daripada dibuli. Seseorang yang telah dibuli mungkin mempunyai situasi negatif yang menyebabkan dia terlibat dalam pertengkaran dan persaingan sosial. Kadangkala perkara ini berakhir dengan melakukan kejahatan. Justeru, perkara ini perlu diatasi lebih awal dari peringkat individu dan keluarga.