Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Fesyen Selebriti Di ABPBH32

Stail Helmi Anuar 24-Sep-2019

Malam minggu lalu telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 32 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Apabila bila bercakap tentang majlis anugerah, selain kategori yang dipertandingkan, pakaian yang digayakan para selebriti turut mencuri tumpuan.

Tahun ini ABPBH32 mengangkat tema ‘Melangkaui Sempadan’. Apabila temanya begitu universal, makanya selebriti yang hadir seakan mengambil inisiatif tangkap muat sahaja.

Malah ada yang hadir memakai seluar pendek. Ada pula yang kelihatan seperti mangsa fesyen.

SalamToday senaraikan fesyen-fesyen selebriti yang hadir pada malam ABPBH32 yang lalu.

1. Mira Filzah

Memakai busana kembang serba putih yang dipadankan bersama kot besar ilham pereka fesyen Afiq M. Gaya Mira lari daripada kebiasaan norma yang selalu kita lihat di acara Anugerah seperti ABPBH.

Material linen jarang sekali digunakan di acara seperti ini. Namun Mira dapat menggayakannya dengan baik. Aksesori berlian dilihat sebagai pelengkap gaya kerana tanpanya mungkin penampilan Mira akan kelihatan sedikit bosan.

2. Amy Mastura

Antara artis senior yang menjadi penyampai anugerah pada malam itu. Pujian harus diberikan kepada Amy kerana tampil dengan solekan yang jarang sekali kita lihat digayakan oleh Amy.

Solekan mata berkabut kelihatan cukup menyerlah dalam persalinan gaun petang berona merah jambu lembut ilham pereka fesyen Syafiq Ayman. Aksesori terbaik Amy pada malam itu sudah tentulah suami tercinta. Jarang sekali kita lihat Amy membawa suami bersama di acara hiburan.

3. Hael Husaini

Antara selebriti lelaki yang bijak bergaya. Hael tahu bagaimana mahu mencuri perhatian dan menyerlah tanpa kelihatan berlebihan. Sut labuh baldu rona merah darah kelihatan begitu ‘mahal’ di tubuh genit Hael.

4. Sarah Suhairi

Pernah menjadi mangsa kecaman netizen satu ketika dahulu dek pemilihan pakaian yang salah ketika menghadiri sebuah anugerah. Namun untuk ABPBH32 ini, Sarah tampil anggun dalam persalinan serba putih ilham pereka fesyen Mirol Jonit. Less is more!

5. Siti Nordiana

Pemenang penyanyi wanita popular dan pengacara TV popular ini hadir dalam persalinan anggun berona merah hati ilham pereka fesyen Asyraf Arrif. Gaya minimalis ala sut dan skirt berpotongan duyung ini sesuai dengan karektor Nana yang ringkas. Rekaan tali pinggang adalah kunci gaya keseluruhan ‘look’ ini.

Foto : Instagram Selebriti & TV3 Malaysia