Flora dan fauna dan tarikan menarik di Pulau Pangkor

Alam Sekitar 06 Dis 2020 Hagnas
Hagnas
Flora dan fauna dan tarikan menarik di Pulau Pangkor
Flora dan fauna dan tarikan menarik di Pulau Pangkor © Afif Al-shaibani | Dreamstime.com

Pulau Pangkor yang terletak di Selat Melaka dan merupakan pulau ketiga terbesar di negeri Perak ini merupakan salah satu pusat pelancongan yang utama di Semenanjung Malaysia. Pulau ini mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 25,000 orang dan mempunyai keluasan 2,200 hektar.

Tempat tarikan pelancong yang utama di pulau ini ialah Kota Belanda, Batu Bersurat,  Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.

Aktiviti flora dan fauna menarik di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor menyediakan pelbagai tarikan alam sekitar buat pengunjung dalam dan luar negara yang antaranya adalah:

Menyelam permulaan (snorkeling)

Menyelam di permukaan pulau sangat disukai oleh ramai pengunjung tidak terkecuali di Pulau Pangkor. Terumbu Karang di sini agak tajam dan biasanya penyelam diminta memakai kasut untuk mengelakkan kecederaan.

Sukan air di Teluk Nipah

Terdapat pelbagai sukan dan permainan air di Teluk Nipah. Banana Boat, berkayak, dan ski air merupakan aktiviti yang popular. Aktiviti-aktiviti sukan air ini dikendalikan oleh beberapa operator yang berpengalaman.

Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Anda berpeluang melihat flora dan fauna  dan hutan hujan tropika yang masih terjaga dengan menjelajah persekitaran rimba di Pulau Pangkor.

Island Hopping

Dengan menyertai aktiviti Island hopping, anda berpeluang untuk melihat pemandangan-pemandangan lautan yang indah juga pemandangan yang aneh tapi menarik seperti batu berbentuk binatang yang dinamakan Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rick dan Turtle Rock.

Keindahan alam ciptaan Tuhan

Bersyukurlah dengan nikmat pemandangan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Marilah kita menghayati beberapa maksud ayat suci Al-Quran yang menceritakan tentang keunikan dan keajaiban ciptaan Allah.

“Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan kejadiannya.”

(Surah al-A’laa: 1-2)