foodpanda Bakal Perluas Perkhidmatan di 10 Bandar Baharu

Trend perkhidmatan penghantaran makanan online semakin berkembang pesat di negara ini yang didorong oleh permintaan meningkat dalam kalangan pengguna.

Situasi ini telah membawa kepada kemunculan lebih banyak syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan online yang menawarkan perkhidmatan hampir sama, namun berbeza mengikut keunikan masing-masing.

Antara yang menjadi peneraju dalam segmen pasaran tersebut adalah foodpanda, yang telah menetapkan satu garis panduan kepada pemain industri yang lain, bagi menawarkan perkhidmatan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.

Mula menembusi Malaysia pada tahun 2012, sehingga kini, foodpanda mempunyai rangkaian sehingga 6,000 peniaga di seluruh negara dan ia terus berkembang dari semasa ke semasa.

Bagi memenuhi permintaan meningkat pengguna, foodpanda turut mengumumkan untuk menembusi 10 lagi bandar baharu di seluruh negara sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das menjelaskan, untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2019, jenama itu telah memperluaskan kehadirannya di enam buah bandar baharu iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

“Dengan pelan pengembangan agresif kami, lokasi-lokasi bandar baharu yang akan ditembusi termasuklah Batu Pahat, Sibu dan Bintulu.

“Langkah ini adalah bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat memesan makanan yang kemudiannya dihantar sehingga ke pintu rumah mereka, walau di mana sahaja mereka berada di seluruh negara,” ujarnya kepada SalamToday.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan jenama makanan dan minuman serta restoran di seluruh negara, di mana pelanggan boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

Sementara itu, bercakap mengenai ciri unik foodpanda yang menjadikannya sebagai peneraju dalam segmen penghantaran makanan, Sayantan berkata, foodpanda sentiasa menambah baik ciri aplikasi yang lebih mesra pengguna bagi memastikan ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

“Kami sentiasa mengkaji trend pesanan pengguna dan sikap mereka bagi memastikan foodpanda menjadi perkhidmatan penghantaran makanan yang memenuhi keperluan setiap pelanggan.

“Antara ciri yang diketengahkan adalah nilai pesanan minimum serendah RM5, caj penghantaran terendah iaitu RM3 untuk di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara serta promosi penghantaran percuma.

“Baru-baru ini kami juga memperkenalkan ciri baharu yang amat digemari oleh para pengguna, iaitu penghantaran makanan 24 jam, 7 hari seminggu dengan pelbagai pilihan makanan termasuk rantaian restoran antarabangsa dan makanan tempatan.

“Selain itu, kami turut mengetengahkan aplikasi yang mesra pengguna dengan ciri-ciri seperti  pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, dompet baucar, swimlanes dan lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan,” jelasnya.

Sejak penubuhan foodpanda, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan tersebut telah meningkat kepada lebih 30,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya merentasi 10 negara di Asia serta Eropah Tengah.

foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Romania dan Bulgaria.

Ia dimiliki oleh Delivery Hero, sebuah peneraju industri penghantaran makanan di dunia yang beribu pejabat di Berlin.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi foodpanda dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

foodpanda boleh diikuti di:

 

Facebook: https://www.facebook.com/FoodpandaMalaysia/

Twitter: https://twitter.com/foodpanda_my

Instagram: https://www.instagram.com/foodpandamy

 

Foto: foodpanda

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das menjelaskan, untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2019, jenama itu telah memperluaskan kehadirannya di enam buah bandar baharu iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.