Gandingan Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang gondol emas

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Malaysia memenangi pingat emas kedua dalam acara terjun Sukan SEA ke-30 dalam acara tiga meter papan anjal seirama.

Gandingan Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang berjaya meraih 398.16 selepas 5 terjunan. Malaysia mempertahankan penguasaan acara berkenaan sejak merangkul emas di Korat pada 2007.

Pencabar Thailand, Chawanwat Juntaphadawon dan Thitipoom Marksin mengumpul 344.76 untuk menang pingat perak. Gangsa pula dimenangi wakil Singapura, Timothy Lee Han Kuan dan Mark Lee Han Ming yang mengutip 240.53 mata.

Tze Liang dan Yiwei menzahirkan kegembiraan atas kejayaan mereka atas beberapa cabaran yang ditempoh seperti penerbangan yang tertangguh dan tempoh berlatih yang pendek sebelum pertandingan bermula.