Pendapat 30-Jul-2020

Garis panduan Hari Raya Haji

Abi Aasim
Kolumnis
Bersedia untuk solat Hari Raya Aidiladha © Arief Bagus | Dreamstime.com

Pengumuman Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri Malaysia yang membenarkan pergerakan pulang ke kampung pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban tahun ini disambut baik oleh seluruh warga Malaysia. Pastinya kali ini ramai yang mahu pulang ke kampung beraya bagi menggantikan sambutan Hari Raya Aildilfitri yang tertangguh dahulu.

Laporan berita dan perkongsian di media sosial hari ini juga rata-rata berkisarkan tentang kesesakan lalulintas akibat pergerakan besar sebilangan penduduk kota ke kampung halaman masing-masing. Dalam keriangan dan keseronokan pulang beraya ke kampung halaman, janganlah lupa untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

  • Sambutan hari raya untuk keluarga yang berada di dalam rumah sahaja. Tidak boleh melebihi bilangan 20 orang pada satu masa yang sama
  • Ketua keluarga/rumah perlulah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter sentiasa dipatuhi. Selain itu elakkan daripada berada di tempak yang sesak, ruang rapat dan tertutup serta bercakap dan bersembang dalam jarak yang terlalu rapat
  • Setiap orang perlu menggunakan pelitup muka bagi ruangan atau rumah yang sukar untuk menjalankan penjarakan sosial
  • Elakkan daripada bersalam-salaman dan bersentuhan serta sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan peralatan. Di samping itu, perlu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau pun sanitasi tangan

Solat sunat Aildiladha berjemaah juga dibolehkan. Namnun perlu ingat bahawa perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan KKM, Majlis Agama negeri serta ahli jawatankuasa masjid. Ibadah korban juga dibenarkan bagi tahun ini tetapi perlulah mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Majlis Agama negeri.

Antara aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan sewaktu Hari Raya Haji ialah:

  • Penganjuran rumah terbuka atau kenduri
  • Penyediaan makanan berkonsepkan bufet
  • Aktiviti takbir dari rumah ke rumah
  • Ziarah kubur
  • Sentuhan dan salaman

Selain itu, semua aktiviti tidak dibenarkan jika:

  • Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa
  • Kemungkinan terdedah kepada titisan (droplets)
  • Sukar mengawal perilaku
  • Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang

Hati-hati dan sentiasa ingatkan ahli keluarga dan sanak saudara untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang musim perayaan ini. Perjuangan menentang COVID-19 masih lagi belum selesai. Kita boleh menang! Kita jaga kita!

Artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 22-Mei-2020
Muhammad Nassar
Abi Aasim
Kolumnis

Walaupun dibenarkan, ianya masih lagi bersyarat dan masyarakat perlulah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Aktiviti ziarah hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja. Maksimum 20 orang sahaja keseluruhan yang dibenarkan pada hari raya pertama, bagi satu rumah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 15-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan sektor pelancongan kembali dibuka, saya dan isteri terus merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak. Sebenarnya sebelum itu ingin merancang bercuti di Kuala Terengganu, tetapi memikirkan jarak yang agak jauh dari tempat tinggal serta perlu mengambil cuti yang panjang, akhirnya Pulau Pangkor menjadi pilihan.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Jun-2020
Muhammad Nassar
Luqman Hakim
Kolumnis Penyumbang

Sewaktu disahkan oleh doktor saya mengalami masalah kemurungan, saya terus mendapatkan bantuan pakar. Sesi terapi setiap dua minggu dan bantuan perubatan yang disarankan telah saya ikuti. Hampir setahun lamanya juga masa yang diambil sebelum saya dapat menguruskan kehidupan sendiri.

Teruskan Teruskan