Global Sadaqah: Mengurus usaha amal dan sedekah dunia Muslim 

Amal Adea Ghafar
Premium - Perniagaan
Global Sadaqah: Mengurus usaha amal dan sedekah dunia Muslim 
Global Sadaqah: Mengurus usaha amal dan sedekah dunia Muslim © globalsadaqah.com

Kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih – itulah takrif sadaqah atau sedekah dari segi bahasa. Manakala pada istilah pula, ulama menyebut ia sebagai ‘pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredaan Allah SWT.’

Semua jenis perbuatan baik, sama ada material atau spiritual, yang dilakukan untuk mendapatkan keredaan Allah Taala disebut sadaqah. Al-Quran surah an-Nisaa (4) ayat 114 mengatakan yang maksudnya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah. Atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Global Sadaqah: Mengurus usaha amal dan sedekah dunia Muslim 

Berlandaskan niat dan tujuan yang sama, Ethis Group, sebuah syarikat Teknologi Kewangan atau Fintech Islam di belakang Global Sadaqah yang ditubuhkan pada awal 2018, telah menawarkan platform amal melalui sedekah yang dipercayai dan unik kepada Muslim seluruh dunia.

Global Sadaqah mematuhi Piawaian Ekonomi Digital Islam (IDE). Ini adalah sekumpulan standard untuk perniagaan dan syarikat di Malaysia, yang patuh kepada atau sesuai dengan prinsip Syariah Islam.

Platform Global Sadaqah boleh dilihat sebagai satu cara mudah dan moden untuk individu, syarikat dan organisasi untuk bersedekah secara dalam talian. Dari segi ekonomi dan perniagaan, ia boleh digunakan untuk memenuhi tanggungjawab dasar atau strategi etika korporat yang dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility atau CSR).

Global Sadaqah juga telah memenangi anugerah dalam pengurusan CSR,  Zakat dan Wakaf. Platform Global Sadaqah menawarkan cara untuk membawa dana para pemberi sedekah, tanpa was-was, terus kepada golongan yang memerlukan di lapangan. Ini dilakukan melalui rakan kongsi profesional, yang dipercayai dan diperakui dan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat dan masyarakat yang terlibat.

Kempen dan usaha amal menyeluruh, secara global  

Kempen-kempen mengumpul dana atau usaha bersedekah yang pelbagai, dahulu dan kini oleh Global Sadaqah semakin mendapat perhatian dunia Muslim. Global Sadaqah (pejabat) pada masa ini beroperasi di tiga lokasi iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Liputan operasi Global Sadaqah adalah di seluruh dunia. Antara kempen amal pengumpulan dananya yang terbaru melibatkan berbagai projek di lokasi seperti Yaman (rakan kempen: Al-I’tisam) dan Nigeria (rakan kempen: An-Nadaa Educational Foundation). Terdapat juga projek menarik berkaitan Wakaf Digital, yang melibatkan sebuah syarikat dari  Singapura.

Antara rakan-rakan strategik, penderma dan teknologi kepada Global Sadaqah adalah Al-Rajhi Bank Malaysia, Islamic Development Bank, Alliance Islamic Bank Kuwait Finance House Malaysia, Shopee, Boost, IBF DigiLabs dan Hello Gold.

SalamWeb sendiri adalah rakan penderma bagi Global Sadaqah melalui usaha SalamWebSadaqah. Kepada pelayar web yang menggunakan SalamWeb, anda akan menyokong projek amal berkaitan hanya dengan membuat carian web menggunakan pelayar SalamWeb, atau menghantar laporan laman melalui ciri SalamWebProtect.

Global Sadaqah pada masa kini sedang pesat berkembang dalam ruang kewangan sosial Islam yang khusus dan berpotensi besar. Bagi bakal penderma dan muslim yang prihatin dan pemurah, Global Sadaqah boleh dihubungi dengan melayari halaman ini. Untuk maklumat lanjut, Global Sadaqah boleh dihubungi melalui emel di: [email protected]

Akhir kata, renungi maksud hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Muslim, 1631; an-Nasa’i, 3651; at-Tirmidzi, 1376 dan Abu Daud, 2880:

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.