Goldman mungkin mengaku salah, bayar denda AS$2b selesai siasatan 1MDB

Uncategorized Adea Ghafar 20-Dis-2019

Goldman Sachs Group berkemungkinan akan mengaku bersalah dan membayar AS$2 bilion untuk menyelesaikan penyiasatan terhadap peranannya dalam skandal rasuah syarikat pelaburan negara 1MDB.

Wall Street Journal melaporkan Goldman Sachs sedang berunding dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan pihak berkuasa kawal selia negara, di mana mereka bersepakat bahawa anak syarikat Goldman Sachs di Asia akan membuat pengakuan bersalah melanggar undang-undang antirasuah AS.

Tiga pengawal selia persekutuan yang terlibat dalam rundingan penyelesaian ini adalah Jabatan Keadilan (DOJ), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) dan Rizab Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York.

Penyelesaian dijangka akan diumumkan di penghujung Januari 2020.