Grabfood memperkenalkan GrabExpress, GrabMart kepada lebih banyak bandar

Uncategorized Ahmad Mahmud 19-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — GrabFood telah mengorak langkah perniagaan seterusnya dengan menawarkan perkhidmatan seperti GrabExpress dan GrabMart di 19 bandar baharu. Ini bakal mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran serta restoran.

GrabFood yang sebelum ini terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, kini telah berkembang ke bandar-bandar lain seperti  Bangi, Ipoh, Seremban, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Muar, Alor Setar dan Langkawi.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata GrabFood telah meraih peningkatan jualan melalui restoran rakan kongsi sebanyak empat kali ganda hanya dalam tahun 2019.