Grace raih emas acara downhill wanita Sukan SEA

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Atlet papan selaju negara, Grace Wong Sze Ern mencipta kejutan dengan meraih pingat emas acara downhill wanita Sukan SEA ke-30 di Seaside Race Track, Maragondon, Cavite pada 8 Disember.

Grace mengatasi cabaran sengit daripda dua peserta tuan rumah serta peserta dari Thailand, Nuansamorn Pimchua untuk menamatkan saingan di tempat pertama.

Tempat kedua dimenangi oleh Nuansamorn manakala peserta tuan rumah, Grace Rydelle Abarico meraih gangsa.

Pengurus pasukan, Idroose Tambarin berasa amat bangga atas prestasi Grace sebab sasaran mereka adalah perak memandangkan acara itu penuh dengan cabaran sengit.