Guerrieri ungguli Race 2 WTCR Race of Malaysia

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

SEPANG, 15 Dis — Pemandu pasukan ALL-INKL.COM Munnich Motorsport dari Argentina, Esteban Guerrieri berjaya memenangi Race 2 di World Touring Car Cup (WTCR) Race of Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang.

Perlumbaan sewaktu hujan lebat menyaksikan Guerrieri mencatatkan kepantasan sejam 28 minit dan 45 saat, sesaat di hadapan Mikel Azcona dari pasukan PWR Racing. Tempat ketiga dimenangi Johan Kritoffersson dari pasukan Sebastien Loeb Racing Volkswagen.

Guerrieri berjaya merapatkan perbezaan mata sebanyak 10 mata untuk menghampiri peneraju kejohanan, Norbert Michelisz dari pasukan BRC Hyundai N Squadra Corse.

Perlumbaan dipenuhi kontroversi seperti pengibaran ‘red flag’ dan pemberhentian sementara kerana hujan lebat.