Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Gulai Udang Masak Kunyit Menyelerakan Dari Ayam Brand

Selera Rahayu Mat Nah

Lemang, ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang, dan lodeh mungkin sudah muak untuk dinikmati. Maklumlah rata-rata rumah terbuka yang dihadiri menghidangkan menu popular ini.

Jadi, jika berkesempatan memasak sendiri di rumah, cubalah buat menu mampu membuka selera.

Kalau suka masakan pedas dan bercitarasa tradisional, boleh cuba menu Gulai Udang Masak Kunyit daripada Ayam Brand ini.

Tak susah pun, bahan-bahan pun mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan

½ kilo udang, bersihkan tanpa membuang kulitnya

1 liter santan Ayam Brand

1 cawan air

2 sudu besar ketumbar, dihancurkan

1 sudu besar jintan hitam, dihancurkan

1 halia, diketuk

1 cm lengkuas, diketuk

2 sudu besar kunyit

1 biji cili merah, dihiris

1 sudu besar pes asam jawa

Garam mencukupi

Cara Memasak

1) Panaskan kuali bersaiz sederhana.

2) Tuang santan. Masukkan ketumbar, jintan hitam, halia, lengkuas, kunyit dan cili yang telah dihiris.

3) Tambahkan pes asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kacau.

4) Masukkan udang dan kacau. Masukkan garam.

5) Apabila udang telah masak sepenuhnya. Alihkan dari api dan sedia untuk dihidang.

Kredit foto : Ayam Brand