Guna imej bapa dalam logo: Anak perempuan Bruce Lee saman rangkaian restoran

Uncategorized Adea Ghafar 27-Dis-2019
Bruce Lee, Real Kungfu
© Lzf - Dreamstime.com

SHANGHAI: Reuters menerusi The Paper melaporkan, Bruce Lee Enterprises yang diketuai Shannon Lee, anak perempuan mendiang Bruce Lee telah menyaman restoran Real Kungfu di mahkamah Shanghai dengan meminta pampasan sebanyak ¥210 juta Yuan (RM124 juta) kerana menggunakan imej Bruce Lee sebagai logo tanpa meminta izin.

Real Kungfu yang berpangkalan di Guangzhou itu diarahkan memberi pengakuan yang ia tiada kaitan dengan Bruce Lee dan seterusnya menghentikan penggunaan imej serta membayar jumlah tambahan kos guaman sebanyak ¥88,000 Yuan.

Restoren yang diasaskan pada tahun 1990 dengan 57 cawangan di China itu berkata, saman itu mengelirukan kerana logo tersebut telah digunakan selama 15 tahun.