Gwyneth Paltrow Kongsi Tip Kekalkan Perkahwinan

Kredit foto : www.atelierdore.com

Gwyneth Paltrow mungkin bukan individu yang ideal untuk berkongsi tentang tip mengekalkan perkahwinan.  Maklumlah selebriti Hollywood ini pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dan kini perkahwinan keduanya dengan Brad Falchuk dikhabarkan sedang berantakan.

Bagaimanapun, tip mengekalkan perkahwinan yang pernah dikongsi Gwyneth dalam beberapa siri temubual bersama media sebelum ini ada logiknya dan boleh dipraktikkan. Jom semak tip berikut:-

 

1) Jangan suka berdebat

Biarpun anda tidak suka atau tidak setuju dengan tindakan atau pendapat pasangan, jangan sesekali berdebat atau berhujah untuk menang. Jangan menjerit kepada pasangan, sebaliknya pergi kepadanya dengan perasaan kasih sayang.

 

2)  Jadi seperti suri rumah di tahun 50-an

Pada tahun 2012, Gwyneth pernah memberitahu Harper Bazaar, pendekatan cara lama dalam perhubungan adalah kunci utama. “Saya mahu mengekalkan perkahwinan saya dan keluarga, jadi saya perlu berada di sampingnya apabila berada di rumah. Anda perlu menjadi seorang suri rumah.”

 

3) Beri kebebasan

Walaupun sudah menjadi pasangan suami isteri, ia tidak bermakna anda perlu mengawal pasangan 24 jam. Gywneth berkongsi dia tidak pernah menyoal Chris Martin (bekas suami) tentang ke mana dia pergi atau mengarahkannya untuk pulang. Ini kerana dia percaya Chris sangat berbakat dan sedang melakukan sesuatu yang bagus untuk dunia.

 

4) Berfikiran terbuka dengan kecurangan

“Saya lebih suka berfikir yang saya akan memaafkan atau dimaafkan. Tetapi saya tidak boleh memberi jawapan yang benar-benar jujur kerana belum pernah mengalaminya,” ujar Gwyneth kepada Refinery29 pada 2013.

 

5) Kongsi obsesi diet dengan suami

Daripada diet detok jus ke diet makrobiotik, Gwyneth sentiasa berkongsi tentang dietnya itu bersama suami dan anak-anak. Dalam buku tulisannya, ‘It’s All Good’, dia berkongsi cerita, kadangkala dia berasa simpati kepada Chris dan anak-anak kerana tidak dapat menikmati makanan berkarbohidrat.

 

6) Bincang secara terbuka masalah perkahwinan

Jangan memendam rasa, sebaliknya bersikap jujur dan berbincang dengan pasangan tentang perasaan anda biarpun kebenaran itu pahit.

Sumber : www.nypost.com

Kredit foto : www.atelierdore.com