Haji tahun ini – 70% orang yang bermukim di Arab Saudi

Dunia Zalika Adam 06-Jul-2020
Mengenai Haji tahun ini © Ayman Zaid | Dreamstime.com

Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi mengumumkan bahawa peratusan orang bukan Arab yang bermukim (tinggal lebih dari tiga hari) di Kerajaan Arab Saudi adalah 70% dari jumlah jemaah haji pada tahun ini. Sementara peratusan orang Arab Saudi (bermasatautin) hanya 30%, dengan syarat bahawa jemaah haji hanya terhad kepada mereka yang sihat dan pengawal keselamatan yang pulih dari koronavirus masakini (COVID-19).

Kementerian ini juga menjelaskan bahawa mereka akan dipilih melalui pangkalan data yang di ambil dari mereka yang pulih daripada virus. Mereka juga memenuhi standard kesihatan.  Ia merupakan satu penghargaan ke atas peranan mereka dalam menjaga beberapa segmen masyarakat dalam setiap peringkat bagi menghadapi wabak tersebut.

Oleh yang demikian itu, Kementerian menjelaskan bahawa keutamaan penduduk bukan Saudi yang bermastautin adalah mereka yang tidak menghidap penyakit kronik dan mereka yang memiliki sijil pemeriksaan makmal ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR), iaitu satu teknik saintifik di makmal yang digunakan untuk mengesan dan memantau penyakit. Sijil kesihatan ini membuktikan bahawa mereka bebas dari virus.

Kepada sesiapa yang masih belum menjalani ujian kesihatan ini, iaitu mereka yang berumur antara 20-50 tahun, maka mereka dikehendaki menjalani kuarantin sebagaimana yang diputuskan oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum dan selepas menjalani ritual (upacara) tersebut.

Kementerian Kesihatan juga menambah bahawa mereka yang memenuhi kriteria penduduk (bermukim) boleh mendaftar di laman web Kementerian Haji dan Umrah melalui portal elektronik khas, yang akan disediakan selama 5 hari bermula dari hari Isnin, 15 Dhul-al-Qa’dah 1441 H  bersamaan 6 Julai 2020 Masihi, hingga Jumaat 19 Dhul-al-Qa’dah 1441 H bersamaan 10 Julai 2020. Hal ini membolehkan bagi mereka yang memenuhi kriteria dapat mendaftar pada bila-bila masa selama lima hari tersebut.

Pemilihan Melalui elektronik

Kementerian itu menambah bahawa pemilihan jemaah bukan Arab akan dilakukan secara elektronik dari kalangan pendaftar yang memenuhi semua standard kesihatan. Seterusnya, mereka perlu melengkapkan semua dokumen dalam jangka waktu yang ditentukan.

Oleh itu, Kementerian menegaskan bahawa perlunya pengawasan dari pihak pemerintah untuk melaksanakan ibadat Haji, adalah dengan mengikuti standard kesihatan tertinggi dan langkah-langkah pencegahan yang paling teliti. Hal ini bertujuan untuk menjaga para jemaah ke Baitullah al-Haram. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa selesainya persediaan langkah-langkah pengecualian untuk menyelamatkan proses haji pada tahun 1441H.

Seterusnya, perkara ini akan menjamin perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan langkah-langkah yang paling sesuai terhadap kumpulan manusia yang ramai.  Kesemua syarat yang ditetapkan akan dipraktiskan oleh Kementerian Kesihatan. Bahkan, perlaksanaanya akan dijalankan dengan teliti demi menjaga para tetamu al-Rahman.

Pendaftaran awal

Sebelum ini, pihak Kementerian Haji telah mengumumkan tarikh-tarikh tertentu bagi mereka yang ingin mendaftar untuk menunaikan haji, terdiri daripada mereka yang bermukim. Pihak Kementerian Haji menjelaskan dalam tweet di akaun rasminya di Twitter, bahawa menghantar permohonan adalah penghantaran awal, dan tidak dianggap sebagai pendaftaran akhir haji. Sehinggalah setelah dikeluarkan persetujuan akhir daripada tempat perjalanan.

Keadaan ini setelah memastikan standard kesihatan dan peraturan dipenuhi. Perkara ini menunjukkan bahawa pemakluman hasil daripada permohonan ini diketahui melalui mesej yang dihantar melalui telefon bimbit semasa permohonan. Seterusnya, permohonan dianggap terbatal sekiranya syarat-syarat kesihatan tidak dipenuhi dan tidak tersusun. Iaitu berlakunya maklumat-maklumat yang diberikan tidak seiring. Maka, pihak kementerian berhak untuk membatalkan persetujuan pada bila-bila masa sahaja.

Perlu diambil perhatian, bahawa pihak Amiriah Makkah al-Mukarramah telah mengumumkan tentang beberapa protokol kesihatan tertentu pada musim haji 1441H. Ia merangkumi penyedia perkhidmatan, bangunan-bangunan kediaman, lokasi-lokasi makanan, bas-bas, Arafah, Muzdalifah, lontaran batu dan Masjid al-Haram Makkah.