Halima Aden Model Berhijab Pertama Dipilih Majalah Sports Illustrated

Supermodel berhijab pertama dunia, Halima Aden sekali lagi menjadi bualan dunia apabila dia dipilih untuk menjadi model bagi majalah terkenal Sports Illustrated.

Majalah Sports Illustrated edisi pakaian mandi itu telah memilih Halima sebagai model untuk memperagakan burkini iaitu pakaian mandi untuk golongan muslimah sekaligus mejadikan Halima sebagai model berhijab pertama dipilih untuk menghiasi majalah itu.

 

Gambar Halima memakai burkini telah dirakam oleh jurufoto terkenal Yu Tsai di Kenya iaitu di tempat kelahiran Halima sebelum dia berpindah ke Amerika Syarikat.

Menerusi posting terbaru yang dimuatnaik Halima di Instagram, dia meluahkan rasa gembira kerana dipilih untuk memperagakan burkini untuk majalah terkenal itu. Kata Halima dalam kapsyennya, “Dont change your self, Change the game! Ladies anything is possible!”

 

Ruangan komen di Instagram Halima dihujani dengan ucapan tahniah dan pujian dari netizen termasuklah superstar Rihanna dan juga rakan-rakan supermodel yang lain.

Sebelum ini Halima turut menjadi bualan kerana telah menjadi wanita berhijab pertama yang menyertai pertandingan ratu cantik Amerika Syarikat serta menjadi model hijab pertama yang muncul di pentas peragaan antarabangsa dan menghiasi majalah fesyen terkenal Vogue British dan Allure.

 

Foto : Instagram Yu Tsai & Halima Aden. Laman web Uoma Beauty.