Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Hangat Air Halia di Musim Hujan

Selera Ili Farhana 04-Nov-2019

Halia. Ada yang menyukainya dan ada yang tidak. Rasa pedas-pedas pahit halia kalau dimasukkan ke dalam masakan memang pasti membuka selera. Tetapi bagaimana pula halia dalam minuman?

Pada musim hujan seperti sekarang, enak juga kalau kita minum air halia panas bersama madu atau gula melaka. Selain membantu menghangatkan badan dan membuang angin dalam badan, air halia juga boleh melancarkan peredaran darah dan merangsang proses detoks semula jadi.

Kali ini, SalamToday akan kongsikan dua resipi minuman berasaskan halia untuk para pembaca cuba di rumah.

 

Wedang Jahe

Bahan-bahan:

4 ruas halia (diketuk)

2 batang serai (diketuk)

1 batang kayu manis

Gula melaka secukup rasa

600ml air

 

Langkah-langkah:

  1. Didihkan air.
  2. Apabila air sudah hampir mendidih, masukkan serai, kayu manis dan gula melaka.
  3. Kecilkan api, dan biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan halia dan biarkan mendidih lagi. Awas jangan terlalu lama didihkan halia, takut rasa halia menjadi terlalu pahit.
  5. Angkat dari api dan tuangkan ke dalam cawan. Hidangkan.

Air Halia bersama Madu dan Lemon

Bahan-bahan:

3 ruas halia segar

4 cawan air

Madu dan lemon secukup rasa

 

Langkah-langkah:

  1. Buang kulit halia dan hiris halia.
  2. Didihkan air di atas api sederhana. Anda juga boleh masukkan kayu manis di langkah ini untuk menambah perisa dan khasiat.
  3. Masukkan hirisan halia dan didihkan selama 15 minit.
  4. Tapis air rebusan halia.
  5. Campurkan madu dan hirisan lemon segar secukup rasa. Hidangkan.

 

Sumber: Dapur Dina , The Harvest Kitchen

Gambar: Dominik Martin di Unsplash ,Maria Tyutina dari Pexels