Haniff Khatri nafi teori konspirasi melibatkan Perdana Menteri

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Teori konspirasi yang cuba mengaitkan Tun Mahathir Mohamad sebagai dalang dalam kes terbaru Anwar Ibrahim ditolak peguam, Haniff Khatri. Beliau mewakili Yusoff Rawther yang mendakwa menjadi mangsa salah laku seksual presiden Parti Keadilan Rakyat itu.

Sebelum ini, Haniff pernah menjadi peguam Tun Mahathir dalam beberapa kes, malah masih terdapat beberapa perkara yang masih dalam kendalian beliau. Beliau menegaskan sebagai peguam swasta beliau bebas mewakili sesiapa dan tidak berlaku sebarang konflik kepentingan dalam kes ini. Penampilan beliau secara terbuka juga menidakkan terdapatnya sebarang konspirasi.

Haniff dan Yusoff berada di Bukit Aman selama lapan jam untuk memberi keterangan kepada pihak polis semalam.