Hanya kerana Brendan Gan….

Uncategorized Adea Ghafar 16-Dis-2019

Afaf Abu Bakar, 29, guru bahasa Inggeris dari Maktab Mahmud Sik, Kedah telah terambil beg milik Syed Azim Syed Ahmad Rizal, 15, ketika hadir ke Hari Bola Sepak Selangor di Stadium Shah Alam.

Mereka berada dalam sesi kumpulan yang sama dan beratur untuk berswafoto dengan pemain baru Selangor merangkap pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan. Afaf menawarkan untuk menjaga beg Syed Azim sehingga giliran bergambar tiba. Namun setelah selesai berswafoto, Afaf terus balik ke Kedah bersama beg Syed Azim.

Dengan bantuan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Afaf berjaya mengesan Syed Azim menerusi Facebook (FB) dan akan memulangkan beg hari ini.