Haqiem Rusli Bintangi Iklan Raya TV3 ‘Hero Setulus Ikhlas’

Apabila Aidilfitri bakal menjelma, pasti banyak iklan-iklan menarik mengenai sambutan hari kemenangan umat Islam itu disiarkan di kaca televisyen mahupun secara atas talian.

Sebagai peneraju rangkaian televisyen swasta di Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi Kempen Setulus Ikhlas kali ini hadir dengan iklan hari raya iaitu Hero Setulus Ikhlas.

Iklan yang mengisahkan hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung ini dilancarkan secara rasmi pada 24 Mei lalu dan sudah boleh ditonton di laman Youtube TV3Malaysia.

Menariknya iklan ini dibintangi oleh penyanyi popular kegilaan remaja iaitu Haqiem Rusli yang juga merupakan duta kepada telefon pintar Samsung.

Hero Setulus Ikhlas mengisahkan tentang aktiviti harian Amir dan Atoknya, Pak Din di sebuah kampung.

Pak Din seorang peniaga kedai runcit yang ramah. Amir seperti kebanyakkan kanak-kanak meminati hal-hal kuasa luar biasa dan mempunyai impian menjadi seorang ‘superhero’.

Namun, apabila sesuatu terjadi pada kedai runcit Atoknya, barulah Amir sedar bahawa kuasa luar biasa itu sebenarnya ada pada Atoknya sendiri dan penduduk kampung. Ingin tahu dengan lebih lanjut apakah kuasa luar biasa Pak Din? Saksikan iklan raya Hero Setulus Ikhlas ini di Youtube TV3Malaysia: