Hari Raya dan lokasi bergambar popular

Masjid Putra di Putrajaya © Gubgib | Dreamstime.com

Salah satu aktiviti popular yang sering dilakukan sewaktu hari raya Aildilfitri ialah bergambar bersama-sama keluarga. Pada masa dahulu gambar kenangan hari raya kebanyakannya diambil di rumah dan studio-studio gambar.

Zaman kini, lebih ramai yang gemar untuk bergambar di lokasi menarik berhampiran kampung halaman mereka sewaktu hari raya. Bagi warga kota yang tak dapat pulang beraya, ada banyak juga lokasi yang anda boleh kunjungi untuk bergambar.

Dikongsikan beberapa lokasi menarik untuk bergambar bersama keluarga sewaktu hari raya. Pastikan jaga jarak sosial dan patuhi garis panduan yang ditetapkan sewaktu berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut.

Masjid Kristal di Terengganu. Struktur utama masjid ini dibina daripada besi, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Masjid ini boleh memuatkan lebih 1,500 jemaah pada satu masa.

Masjid Ubudiah di Perak. Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini mempunyai keunikan senibina dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan stesen keretapi Kuala Lumpur. Kedua-duanya diilhamkan oleh arkitek yang sama.

Masjid Putra di Putrajaya. Salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Masjid yang terletak di Shah Alam ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Mempunyai seni bina yang unik dan dikatakan mempunyai kubah terbesar di dunia.

Astaka Morocco di Putrajaya. Astaka Morocco ini mempunyai senibina yang menarik dan unik persis senibina Timur Tengah. Astaka Morocco ini terletak bersebelahan Taman Botani, Putrajaya.

Jambatan Angkat di Terengganu. Jambatan Angkat ini terletak di Kuala Terengganu. Senibina jambatan ini diilhamkan dari senibina jambatan di London, England. Jambatan ini menjadi mercu tanda baharu negeri Terengganu.

Abadikan kenangan yang terindah bersama keluarga. Jangan lupa untuk patuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan.