Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Harris Hotel Seminyak Bali, Penginapan Empat Bintang Yang Menjimatkan

Singgah Rahayu Mat Nah 19-Sep-2019

Bagi yang bercadang ke Bali dan mencari penginapan yang tidak menelan belanja yang tinggi, apa kata anda menginap di Harris Hotel Seminyak Bali.

Hotel bertaraf empat bintang ini biarpun tidak menawarkan bilik dengan pemandangan laut tetapi ia menjanjikan penginapan selesa dengan pelbagai servis praktikal.

Jika anda seorang pengembara atau pelancong yang tidak gemar menghabiskan masa di hotel, Harris Hotel Seminyak Bali sangat ideal untuk anda.

Ini kerana setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di luar, anda boleh mendapatkan tidur yang lena kerana tilam dan bantal yang tersedia setanding hotel bertaraf lima bintang.

Tampil dengan konsep moden minimalis, hotel di bawah rangkaian Tauzia Hotel ini menawarkan lebih 200  buah bilik.

Setiap bilik mempunyai keluasan memuaskan dan setiap tetamu boleh mengakses kemudahan internet secara percuma.

 

Ada dua jenis bilik yang boleh dipilih, iaitu Harris Room dan Unique Room.  Perbezaan kedua-dua bilik ini adalah pada keluasan bilik serta dekorasinya.

Harris Room tampil lebih kecil dengan dekorasi ringkas, manakala Unique Room lebih luas dengan ciri lebih elegan, sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan perniagaan.

Bercerita tentang kemudahan yang tersedia, Harris Hotel Seminyak Bali sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dari hotel-hotel berdekatan.

Oleh itu, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang, gimnasium, spa, Dino Kids Corner (sudut kanak-kanak) dan juga butik yang menjual barangan istimewa, Harris Merchandise.

Berikut 6 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Harris Hotel Seminyak Bali :-

1) Bermula 1 April 2019 hingga 31 Mac 2020, terdapat promosi Triple Room Package yang harganya bermula daripada Rp1,175,000.

Pakej ini membolehkan anda mendapat kemudahan shuttle ke Pantai Seminyak (900 meter dari hotel), dan Seminyak Square, sarapan pagi percuma dan juga pizza percuma setiap hari di Harrisimo Italian Restaurant.

2) Balinese Recharge Package yang berharga Rp925,000 (Harris Room) dan Rp1,025,000 (Harris Unique room) membolehkan anda menikmati rawatan Balinese Massage selama 60 minit untuk 2 orang.

3) Happy Hour di H’Spa dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini anda boleh menikmati rawatan Balinese Massage pada harga serendah Rp170,000 dan Happy Feet By The Sea (rawatan kaki) pada harga 110,000.

4) Harris Hotel menggunakan tilam yang direka khas daripada King Koil demi menjamin keselesaan tetamu.

5) Jika terlupa bawa toiletries, boleh dapatkan Harris Cosmetic Bag pada harga Rp30,000 bersih.

Ada set pencukur, berus gigi, ubat gigi, sikat, putik kapas, shower cap, pengilat kuku, dan kapas muka. Selain itu, anda  juga boleh beli Magic Bag untuk memuatkan baju-baju kotor pada harga Rp99,000.

6) Kafe yang menyediakan sarapan pagi di hotel ini tidak mempunyai sijil pengesahan halal. Bagaimanapun terdapat sebuah restoran halal, Queen’s Tandoor berdekatan hotel ini yang menghidangkan masakan India.

Selamat bercuti!

Kredit foto : Harris Hotel Seminyak Bali