Hati sebagai penggerak: Saintis Muslim nadi sains dunia

Islam untuk Pemula Siti Suriani Othman
Terkini oleh Siti Suriani Othman
Hati sebagai penggerak: Saintis Muslim nadi sains dunia
Hati sebagai penggerak: Saintis Muslim nadi sains dunia © Soniaistambul | Dreamstime.com

Hati sebagai penggerak: Saintis Muslim nadi sains dunia – Artikel ini akan membincangkan sumbangan saintis muslim sebagai penggerak sains di dunia ini.

Saintis Muslim bukan calang-calang

Siapa tidak kenal dengan nama-nama saintis Islam terkemuka seperti Al-Farabi, Al-Ghazzali, Ibnu Rushd, Ibnu Arabi dan Ibnu Khaldun? Mereka adalah intelek yang bukan hanya terkenal dalam kalangan umat Islam sehingga hari ini, tetapi juga di Barat.

Kitab-kitab karya mereka menjadi rujukan Barat, dan menjadi asas pembangunan sains di serata dunia. Ilmu mereka berkembang dan memanfaatkan ramai umat manusia.

Ibnu Rushd misalnya menyasar kemaslahatan ummah dengan mengusahakan hospital yang membolehkan pesakit mendapat rawatan. Di samping melihat usahanya sebagai fardhu kifayah yang mendekatkan hati ummah kepada Allah Taala.

Perbaiki hati untuk kekal berkongsi

Mengapa hati yang dibincangkan dan bukan tahap intelektual apabila bercakap tentang kegemilangan saintis Muslim? Nyata, dalam banyak bukti dan perbincangan, kita dapat simpulkan bahawa saintis Muslim bukan hanya semata-mata ahli intelek yang arif dalam bidangnya tetapi juga berakhlak mulia.

Mereka sentiasa memastikan hati dijaga dan jangan lemah iman kerana itulah yang membangkitkan semangat sebenar seseorang muslim sejati.

Jelas disebutkan dalam sebuah hadis, maksudnya:

“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).”

(Riwayat al-Bukhari, 52 dan Muslim, 1599)

Hati yang baik akan mendatangkan tindakan yang baik-baik kepada diri dan orang di sekitar. Ini menambahkan ruang untuk pelbagai peluang kebaikan dan meningkatkan potensi diri dilaksanakan dalam sesebuah komuniti.

Sentiasa perbaiki diri

Muslim yang selalu memikirkan untuk memperbaiki diri, maka dia tidak akan ada ruang dan waktu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berguna. Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian. Sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Maka, respon individu dan masyarakat juga akan lebih terpandu dan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara dan dalam membuat keputusan. Misalnya, kehadiran dan ciptaan teknologi baharu yang didambakan manusia, adalah ciptaan yang amat wajar diraikan namun perlulah jelas matlamatnya.

Dalam konteks ini, teknologi harus dilihat sebagai alat utama yang mendekatkan manusia dengan agama. Jika teknologi memudaratkan manusia secara fizikal, mental dan spiritual, maka haruslah manusia berhati-hati.

Berhati-hati agar jangan terjerumus dalam kesalahan membuat keputusan yang membawa kesan jangka panjang yang buruk kepada generasi manusia. Benar teknologi yang dibina kitalah yang memandunya, tetapi ‘pemandu’nya itu perlulah jelas matlamat dan tujuan hidupnya atau dengan kata mudah, berlandaskan agama.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.