Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Hidangan Bertaraf Dunia di KLIA

Selera Shah Shamshiri 11-Nov-2019

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai makanan yang lazat serta menyelerakan. Kalau mengembara di setiap negeri ada sahaja tempat makan yang enak. Namun buat para pelancong yang hanya mampu singgah ke lapangan terbang, mereka juga tidak terkecuali daripada mencuba hidangan yang enak.

Sebagai bukti, pada hujung minggu lalu pihak Malaysia Airports telah menganjurkan kempen tahunan mereka iaitu KULinary sambil bekerjasama dengan Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF) untuk mengadakan MIGFKULinary festival, yang mengiktiraf tempat-tempat makan hebat yang ada di premis Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan KLIA2.

Acara ini memberi anugerah penghargaan kepada restoran dan tempat makan lain di kawasan lapangan terbang yang menyajikan makanan lazat serta kualiti perkhidmatan yang hebat.

 

Selain mengiktiraf ajnas pilihan yang ada, sempat juga diadakan demonstrasi masakan oleh tukang masak tersohor negara seperti Chef Wan dan juga Dato’ Fazley Yaakob.

Ini diserikan juga dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan ternama yang turut sama memeriahkan acara.

Antara cawangan terpilih termasuklah Godiva, Fukuya, Flight Club, Grandmama’s, Tampopo, Dome Café, Sama Sama Express, dan banyak lagi.

 

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kualiti makanan di aneka restoran sekitar premis lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur memang termasuk di antara pilihan terbaik.

Jadi sekiranya ingin mencuba makanan yang diiktiraf kehebatannya (termasuk makanan segera), singgahlah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan juga KLIA2.