Hidangan kambing dan kesihatan yang baik

Makanan Sihat Hanita Hassan
Hanita Hassan
Hidangan kambing dan kesihatan yang baik
Hidangan kambing dan kesihatan yang baik © Vladimir Mironov | Dreamstime.com

Hidangan kambing semakin popular di Malaysia dan digemari ramai.  Ia bukan sahaja menjadi hidangan di majlis-majlis keraian bagi masyarakat Melayu tetapi juga bangsa lain.

Hari ini menu kambing juga menjadi antara hidangan istimewa di restoran mewah.

Hidangan kambing dan kesihatan yang baik

Kalau dahulu jika dikaitkan dengan hidangan kambing, bagi anda yang mengidap penyakit darah tinggi atau jantung akan menahan diri daripada memakannya. Atau jika teringin akan mengambil dalam kuantiti yang sedikit.

Jika kita imbas sejarah silam, Rasulullah SAW sendiri gemar memakan daging kambing.  Setiap sunnah Nabi Muhammad SAW mesti terselit kelebihannya.  Hakikat sebenarnya ia mengandungi manfaat yang cukup banyak dari sudut khasiat dan kesan sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga digelar terapi kambing.

Daripada Abu Hurairah r.a:

“Kami pernah bersama Nabi SAW dalam sebuah undangan. Kemudian dibawakanlah paha kambing dan Baginda menyukainya. Kemudian Baginda menggigitnya satu gigitan,”

(Hadis riwayat Bukhari, 3340 dan Muslim, 501)

Meskipun pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini, resipi kambing panggang bersama sos lada hitam tetap menjadi kegemaran ramai. Ia boleh dianggap hidangan klasik yang disediakan bukan sahaja semasa acara istimewa, bahkan idea yang hebat apabila anda mahu menyediakan satu hidangan lengkap tanpa proses merumitkan.

Kambing panggang istimewa biasanya terletak pada perapan yang digunakan. Anda boleh memerap daging kambing menggunakan bahan perapan seperti rosemary untuk meningkatkan aroma dan keenakannya. Lembutkan daging dengan menggunakan soda bikarbonat, menambah daun selasih ketika memanggang kerana aromanya akan membangkitkan rasa pada hidangan.

Khasiat dan zat daging kambing yang pelbagai

Kajian mendapati daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.  Ia kerana kualiti protein daging kambing tinggi dengan nisbah kandungan lemak yang sihat terdapat di dalamnya.  Struktur molekul kambing berbeza menjadikannya mudah dihadam serta sesuai untuk anda yang menjaga kesihatan.

Kandungan zat di dalam daging kambing seperti zat besi dan potassium yang rendah mineral, lebih pejal dan rendah kalori berbanding daging lembu dan ayam tanpa kulit.  Malahan, kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik. Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan berasa tenang dan gembira dan mudah berasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, cuba amalkan memakan daging kambing.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Seterusnya, jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaan.

Beberapa hidangan kambing yang boleh disediakan dan mudah dibuat. Kambing masak merah, kambing goreng cili api, kambing kari, gulai kambing tumis darat, stew kambing, asam pedas kambing dan kambing goreng jintan.