Hilton Tawar Aneka Selera Berbuka Di Kesemua Rangkaian

Bagi yang masih mencari lokasi eksklusif untuk berbuka puasa, Hotel Hilton menawarkan promosi iftar menarik di kesemua rangkaian hotelnya di sekitar Lembah Klang.

Bertemakan ‘Jom Makan’, aktiviti berbuka puasa anda akan lebih bermakna dengan konsep kebudayaan dan makanan yang diinspirasikan daripada penghayatan sebenar bulan Ramadan, iaitu untuk memberi dan berkongsi.

Dengan kepelbagaian dan keunikan rasa juadah-juadah yang ditawarkan, waktu berbuka puasa anda akan menjadi masa terbaik untuk diluang bersama dengan rakan-rakan dan orang tersayang.

Hilton Kuala Lumpur

Sepanjang bulan puasa pada tahun ini, Hilton Kuala Lumpur mengetengahkan lebih 300 juadah, yang pastinya akan membuatkan pelanggan sukar untuk membuat pilihan.

Bertempat di restoran signaturnya, Vasco, bufet yang bertemakan ‘Santapan DiRaja’ menawarkan juadah-juadah kegemaran kerabat diraja sambil diiringi oleh pertunjukan silat dan muzik gamelan pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Sudah pasti momen berbuka puasa anda menjadi suatu momen yang menarik kerana dapat menyaksikan penari yang lengkap berpakaian tradisional melayu membuat demonstrasi seni mempertahankan diri.

Harga yang ditawarkan untuk bufet buka puasa di Hilton Kuala Lumpur adalah RM188 bersih untuk dewasa dan RM100 bersih bagi kanak-kanak, dari 5 Mei hingga 4 Jun 2019, bermula pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam.

Tempahan boleh dibuat di 03-2264 2264 atau layari life.hiltonkl.com.

 

Hilton Petaling Jaya

Bagi tahun ini, Hilton Petaling Jaya akan mengetengahkan lebih 350 juadah di restoran ikoniknya, Paya Serai, yang menyimpan nostalgia selama 35 tahun.

Bertemakan ‘Sajian Warisan Paya Serai’, pelanggan boleh menikmati keenakan juadah-juadah kegemaran ramai ketika berbuka seperti lauk-pauk kampung, makanan Arab, menu-menu yang diinspirasikan daripada resipi rahsia ibu cef restoran itu sendiri selain konsep trak makanan yang popular pada masa ini yang turut diketengahkan.

Bufet buka puasa Hilton Petaling Jaya bermula pada pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam yang ditawarkan pada harga-harga berikut:

  • RM 169 bersih untuk dewasa dan RM 89 bersih untuk kanak-kanak dari 5 Mei hingga 7 Mei 2019.
  • RM189 bersih untuk dewasa dan RM99 bersih untuk kanak-kanak dari 8 Mei hingga 1 Jun 2019.
  • RM169 bersih untuk dewasa dan RM89 bersih untuk kanak-kanak dari 2 Jun hingga 4 Jun 2019.

Untuk menempah, boleh menghubungi talian 03-7955 9122 atau layari www.zestPJ.com.

 

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Mengetengahkan konsep ‘Pasar Malam Istimewa’ di restoran Makan Kitchen, lebih lima gerai dengan sehingga 100 pilihan juadah menanti para pelanggan yang berbuka puasa di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Menawarkan pilihan seperti kambing golek, martabak, roti john dan banyak lagi, pasti anda akan terasa seperti sedang menikmati makanan di kawasan pasar malam.

Bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam, bufet buka puasa DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ditawarkan pada harga:

  • RM148 bersih pada 6 Mei hingga 12 Mei 2019
  • RM168 bersih dari 13 Mei hingga 4 Jun 2019

Tempahan boleh dibuat di talian 03-2172 7272.

 

Hilton Garden Inn Puchong

Bagi yang ingin menikmati juadah ala kampung pula, anda boleh memilih Hilton Garden Inn Puchong kerana restoran signaturnya, Garden Grille memilih masakan kampung sebagai tema sajian utamanya.

Bertemakan ‘Selera Desa’, pelbagai juadah ala kampung boleh didapati seperti ulam-ulaman, gulai kawah, bubur lambuk dan banyak lagi yang turut diolah dengan sentuhan moden.

Harga bufet yang ditawarkan adalah RM80 bersih seorang, dari 13 Mei hingga 31 Mei 2019, dari pukul 7.00 malam hingga 9.30 malam.

Tempahan boleh dibuat di talian 03-8084 1299 atau menghantar email ke [email protected].

Foto: Hilton