Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Hukum Kanun Melaka – sebuah pengenalan

Asia 15 Feb 2021
Pilihan oleh Hanita Hassan
Hukum Kanun Melaka - sebuah pengenalan
Hukum Kanun Melaka - sebuah pengenalan © blogs.bl.uk/asian-and-african

Kemunculan kerajaan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW berkembang sehingga ke Barat dan Asia Tengah.  Kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki, kerajaan Uthmaniyyah Turki, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melayu Melaka.

Kesemua kerajaan Islam ini adalah empayar terkuat dan terbesar dan dikenali dunia.

Bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 hingga awal abad ke-16 merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan mahsyur. Sebuah empayar yang teguh dan stabil di bawah satu susunan pentadbiran dan politik yang teratur dan juga sebagai pusat penyebaran Islam di Kepulauan Melayu.

Kedudukan Melaka yang strategik di tengah laluan perdagangan Selat Melaka yang sempit dan dalam, keadaan politik yang stabil serta strategik di antara China di Timur dan India di Barat telah menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan entrepot termahsyur dan tersibuk, terkaya serta terpenting di dunia.

Pedagang Eropah juga tidak ketinggalan datang ke Melaka mencari sumber-sumber asli dan pasaran baharu selain merealisasikan agenda 3G (Gospel, Glory and Gold) yang ditaja oleh gereja.

Melaka ketika itu ibarat sebuah emporium dunia dengan 84 bahasa dipertuturkan di pelabuhannya.  Semua aktiviti perdagangan terikat dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca. 

Sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap dipelopori oleh Bendahara sebagai Perdana Menteri berlandaskan Hukum Kanun Melaka.  Ia terdiri daripada undang-undang perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan, keluarga, laut dan Islam.  Undang-undang Islam pula meliputi hukum jual beli, tata cara pengadilan, hukum qisas dan hukum jenayah Islam atau hudud.

Di samping itu, pengurusan perdagangan yang cekap telah menarik lebih ramai pedagang ke Melaka.  Urusan keselamatan laut di urus oleh Laksamana dan penyeliaan pelabuhan oleh Shahbandar.  Dengan adanya Undang-undang Laut Melaka, segala urusan maritim dipermudah.  Para pedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka daripada unsur jenayah dan lanun.

Hukum Kanun Melaka

Sebelum kedatangan Islam, struktur kerajaan tradisi Kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan adat Melayu, waadat (perjanjian) Sang Sapurba dan titah di-Raja.  Ia bermula daripada seorang pemerintah, rakyat mesti mentaatinya maka sebagai balasan, seorang raja ditegah membuat aib kepada rakyatnya.

Apabila Islam bertapak di Melaka dan raja menganut ajaran Islam, sistem politik bertukar dan menggunapakai Islam sesuai dengan akidah baginda Sultan dan rakyat Melaka. Raja bukan sahaja bertindak sebagai pemerintah agung bahkan bertaraf Ketua Agama Islam.  Tanggungjawab Raja adalah mendaulat perundangan Islam bersesuaian konsep Raja sebagai ‘Bayangan Allah’ di atas muka bumi ini.

Pada era Sultan Muhammad Shah (1424-1444), baginda Sultan dikatakan telah menggubal semula adat istiadat Melayu dan menitahkan Hukum Kanun Melaka (Al-Risalah Hukum al-Qanun fi Balad al-Malaka), iaitu sebuah perlembagaan bertulis yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan.  Ia telah ditambah dari semasa ke semasa sehingga abad ke-19.

Sultan Muhammad Shah terkenal dengan prinsip keadilan.  Kerajaan Melayu Melaka bertambah besar, jajahan takluknya semakin meluas, arah Barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke Timur hingga Terengganu.  Baginda juga membangunkan struktur politik Kesultanan Melayu Melaka sehingga terkenal sebagai sebuah kerajaan berdaulat.

Kanun Melaka turut berkuat kuasa di semua negeri jajahan takluk dan negeri lindungan Kerajaan Empayar Melayu Melaka.  Ia termasuk wilayah di bawah jajahannya meliputi hampir semua Semenanjung Tanah Melayu dan pesisir timur pantai Pulau Sumatera.