Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Hukum Mandi Tanpa Pakaian

Sahsiah Helmi Anuar 10-Okt-2019

Mandi adalah perkara wajib yang kita lakukan sebagai manusia setiap hari untuk membersihkan diri dari kotoran yang ada pada tubuh badan kita.

Kebiasaannya, sewaktu mandi kita tidak akan memakai seurat benang ditubuh kecuali jika mandi di tempat terbuka.

Mungkin ramai yang masih keliru akan hukum mandi dalam keadaan berbogel.

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam sesi soal jawabnya di dalam sebuah video, hukum mandi dalam keadaan berbogel adalah haram jika dilakukan di tempat terbuka dan ada mata lain yang melihatnya.

Sebaliknya jika dilakukan di dalam bilik air hukumnya adalah harus.

Namun kata Ustaz Azhar Idrus, biarpun berseorangan di dalam tandas, tetapi jin masih mampu melihat aurat kita.

Disebabkan itulah kita diharuskan membaca Bismillah sebelum memasuki tandas untuk memelihara aurat kita daripada pandangan jin.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Jangan lupa baca doa masuk tandas:

 

اللَّهُـمَّ إِنِّي أَعُـوذُ بِـكَ مِـنَ الْخُـبْثِ وَالْخَبَائِث

“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”

 

Untuk video penuh, anda boleh tonton di pautan ini ;

 

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga