Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan dihapuskan

Pendidikan MAS 16-Dis-2019

Saranan untuk hutang PTPTN dihapuskan sebanyak 50% kepada semua penghutang tidak akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Teo Nie Ching, untuk menjayakan inisiatif tersebut, perbelanjaan sebanyak RM29 bilion iaitu 50% daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan perlu diperuntukkan. Jumlah berkenaan menyamai kos diperlukan untuk menaja pengajian 1.2 juta peminjam baru. Sewajarnya KPM perlu memfokuskan usaha atas penambahbaikan pengurusan pinjaman secara bersepadu.

Teo juga menyentuh pendidikan Orang Asli dengan mengulas KPM telah menerima pencalonan seramai 133 calon guru untuk menyambung pengajian di institut pendidikan guru (IPG). Dari jumlah berkenaan hanya 25 calon diterima selepas mempertimbangkan keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru.