Ibnu Khaldun, ahli falsafah dan ekonomi muslim pertama

Dunia Hanita Hassan 01-Nov-2020
313px-Bust_of_Ibn_Khaldun_(Casbah_of_Bejaia,_Algeria)
Arca Ibnu Khaldun di pintu masuk Kasbah (Kubu) Bejaia, Algeria © BY-SA 4.0, Link

Ibnu Khaldun atau Abdul Rahman Ibn Khaldun merupakan pakar ekonomi Muslim pertama yang menemui undang-undang ekonomi 400 tahun lebih awal daripada Adam Smith.

Dilahirkan pada 27 Mei 1332 masehi di Tunisia, dahulunya dikenali sebagai Carthage sebuah negara kota purba yang kuat serta merupakan saingan  bagi Rom. Kini, ia merupakan ibu kota Hafsid (salah satu pecahan daripada khalifah Fatimiyah Mesir yang kuat).

Ibnu Khaldun, perdagangan dan ekonomi

Kesemua negara Muslim Arab di Maghreb (sebelah barat Afrika Utara) dan Ifriqiya (sebelah timur Afrika Utara) kekal menjadi benteng terakhir negara Muslim setelah bekas wilayah Khalifah (termasuk Khwarazam dan Baghdad) mengalami kehancuran akibat penaklukan oleh tentera Mongol.  Bagaimanapun mereka terlibat dalam pergelutan berpanjangan dengan orang kafir dan tentera Salib serta puak Kristian di Eropah Barat.

Ilmu pengetahuan dan peradaban budaya yang berkembang di zaman pemerintahan Khalifah selama lima abad dimusnahkan oleh orang Mongol dan digantikan dengan perkara lain yang lebih praktikal iaitu perdagangan dan ekonomi.

Justeru, tidak hairanlah  Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim yang hebat pada masa itu dikenali dalam bidang tersebut. Meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1406 masehi pada usia 74 tahun.

Dengan latar belakang pendidikannya yang hebat, dia diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Negara di Maghribi dan utusan kepada pemerintah Arab Maghreb.  Di Mesir, dia dilantik  sebagai Ketua Hakim.

Sejarah dicipta oleh golongan biasa, bukan golongan atasan

Sebagai seorang yang praktikal dalam apa yang dilakukannya, Ibnu Khaldun mempraktikkan terma yang dipelajarinya kepada masyarakat. Dia adalah cendekiawan pertama yang percaya bahawa sejarah tidak dicipta oleh raja dan istana tetapi dicipta oleh golongan biasa, petani, petukang dan pedagang.

Golongan inilah yang mencipta produk dan bahan yang menjadi asas kepada kesejahteraan masyarakat. Perkara ini perlu dikaji bagi memahami bagaimana sesebuah masyarakat berfungsi serta pengagihan secara adil.

Peranan utama dalam sistem ekonomi Ibnu Khaldun dimainkan oleh pemerintah kerana mereka menguasai dan mengedarkan semula produk dan bahan kepada masyarakat dan memaksa para petani dan petukang untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimana cara pihak pemerintah melupuskan produk ini (dengan berhati-hati atau secara mewah, menjaga kepentingan semua pihak atau hanya kepentingan mereka sahaja) akan menentukan  kemakmuran ekonomi sesebuah negara.

Konsep semangat asabiyah dan model ekonomi Ibnu Khaldun

Asas kemakmuran ini terletak kepada semangat asabiyah atau perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial. Ia mempunyai persamaan dengan ‘tenaga emosi’ yang diperkenalkan oleh Randal Collins mahupun ‘karisma’ oleh Max Weber. Semangat asabiyah yang tinggi ini biasanya ditunjukkan oleh kuasa penjajah di mana dalam  masa empat ke  lima tahun lagi, generasi yang ada akan mati dan  hancur.

Berdasarkan konsep ini, Ibnu Khaldun telah membuktikan bahawa tujuan utama pembentukan sesebuah masyarakat adalah bagi mencapai kestabilan. Kestabilan adalah teras utama model ekonomi Ibnu Khaldun. Beliau percaya bahawa kesan ekonomi kepada sesebuah negara akan bertambah buruk apabila pemerintah melaksana kuasa monopoli demi kepentingan peribadi.

Sekali gus, pemerintah gagal melihat aktiviti ekonomi yang semakin mengecil dan keburukannya kepada rakyat.  Oleh itu, Ibnu Khaldun mencadangkan agar bantuan perlindungan ekonomi sesebuah negara dihapuskan. Beliau percaya pasaran bebas adalah pengatur cara hubungan ekonomi paling cekap dan hasratnya adalah untuk memperoleh insentif yang paling berkesan.

Semua idea Ibnu Khaldun tidak mendapat sokongan dari dunia Arab. Pembaharuan yang diusulkan (termasuk cadangan paradoks menurunkan tarif cukai bagi meningkatkan jumlah cukai yang dikumpulkan) ditentang oleh pihak pemerintah.

Walau bagaimanapun, undang-undang ekonomi tidak mengikut kehendak pihak berkuasa. Siapa tahu, mungkin keengganan mengikut nasihat Ibnu Khaldun adalah penyebab kelewatan berkembangnya  dunia Arab berbanding  ekonomi Barat.