Ibrah bencana alam

Alam Sekitar Siti Suriani Othman
Siti Suriani Othman
Ibrah bencana alam
Ibrah bencana alam © Nuralya | Dreamstime.com

Artikel ini akan membincangkan ibrah daripada bencana alam seperti tsunami seperti yang pernah berlaku di Indonesia dan banjir yang sering berlaku di Malaysia.

Bencana alam itu amat menduga

Bercakap tentang bencana alam di dalam dan luar negara, pastinya kita teringat negara jiran kita Indonesia. Kita tidak pernah dan tidak akan lupa kejadian tsunami yang membadai Aceh pada 26 Disember 2004.

Direkodkan sebagai antara bencana terburuk dalam sejarah manusia. Lebih 230,000 jiwa menjadi korban termasuk dua juta keseluruhannya di serata 14 negara Asia Selatan dan Timur Afrika.

Banjir di Malaysia

Di Malaysia, syukur apabila bulan menginjak ke pertengahan, negara tidak lagi merintih kerana dugaan banjir. Namun, keperluan memahami ujian bencana alam perlu ada supaya kita sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan andai diduga lagi.

Banjir pada hujung tahun di Malaysia memang tidak janggal. Yang tidak menghadapinya, kita mendengar berita ini setiap tahun melalui media massa dan sanak saudara serta taulan. Tahun lalu, sejak November hinggal awal 2021, banjir menyebabkan lebih 40,000 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, meragut nyawa serta memutuskan jaringan pengangkutan darat.

Banjir terburuk dalam sejarah Malaysia direkodkan pada 15 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015. Malapetaka ini membunuh 21 mangsa dan menjejaskan lebih 200,000 penduduk dengan kerugian harta benda mencecah RM560 juta Ringgit.

Bencana alam itu peringatan

Bumi haruslah dijaga dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan supaya manfaatnya melebar kepada umat manusia. Maka, jika manusia lalai, Allah SWT memberi peringatan yang cukup jelas dalam apa jua bentuk termasuk bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi dan lain-lain.

Allah Taala berfirman:

“Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Surah at-Taghabun, ayat 11)

Selain itu, peringatan ini juga meningkatkan ketakwaan dan keimanan yang tinggi dalam jiwa umat Islam. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.”

(Surah al-Ahzab, ayat 17)

Bencana alam yang berlaku harus diambil ibrahnya agar menjadi peringatan kepada semua tentang kekuasaan Allah Taala dan mengelakkan diri daripada menghancurkan dunia dengan akhlak yang buruk.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.