Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Ibrah dari Tembok Besar China

Asia 27 Dis 2020
Pilihan oleh Hagnas
Ibrah dari Tembok Besar China
Ibrah dari Tembok Besar China © Silvershot55 | Dreamstime.com

Tembok Besar China atau dalam bahasa China ialah Wanli  Chancheng bermaksud 10,000 li (li ukuran panjang). Tembok ini merupakan sebuah kubu panjang bertujuan menjaga keselamatan negara daripada musuh-musuh luar.

Panjang tembok ini ialah 8851.8 kilometer dan jika jaraknya diukur dari segmen dinding yang berbeza, jaraknya ialah sejauh 21,196 kilometer.

Sejarah pembinaan Tembok Besar China

Tembok Besar China sebenarnya bukanlah merupakan satu tembok yang panjang. Ia merupakan kubu untuk setiap kota. Apabila Dinasti Qin menyatukan negara China dan menjadi Maharaja China yang pertama, beliau menyatukan tembok-tembok ini menjadi satu rantaian pertahanan.

Tembok ini mula dibina pada zaman Dinasti Zhou (kurun ke-8 hingga kurun ke-3 Sebelum Masihi) bertujuan melindungi wilayahnya dari serangan negara jiran. Pada waktu ini, negara China belum disatukan dan terdiri daripada beberapa buah negara.

Tembok seperti ini  dibina oleh negara Ya, Zhao dan Qin. Tembok-tembok inilah yang membentuk Tembok Besar China pada peringkat awal. Pada tahun 214 Sebelum Masihi, zaman Dinasti Qin pada waktu China kali pertama disatukan di bawah satu maharaja.

Tembok-tembok ini dihubungkan dan dilebarkan menjadikannya lebih kukuh dan sukar ditembusi. Pada waktu ini, politik dalaman negara China masih belum stabil menyebabkan pemerintah menghadapi ancaman musuh dari dalam dan juga ancaman puak Xiongnu dari luar yang boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, penyatuan tembok ini pada zaman Dinasti Qin merupakan satu tindakan yang perlu meskipun terpaksa mengambil masa lebih kurang sedekad dan melibatkan ratusan ribu tentera dan pekerja kerahan. Disebabkan kejatuhan Dinasti Qin, Tembok Besar China mengalami kerosakan dan ditinggalkan begitu sahaja.

Simbol kebangsaan China dan tapak warisan dunia UNESCO

Pada zaman Dinasti Han (220 Masihi), khususnya Han Wudi, tembok ini diperbaiki dan dibaikpulih menjadikannya teguh dan melebarkannya ke wilayah Barat bagi menghubungkan tembok ini dengan  Laluan Sutera.

Tindakan ini adalah untuk memastikan keselamatan para pedagang yang menggunakan laluan ini. Kewujudan Tembok Besar China ini juga membolehkan Dinasti Han mengawal perdagangan antara China dan Barat.

Pada zaman Dinasti Ming (1368 Masihi), tembok ini diperbaiki dan diperkukuhkan binaannya. Fasa ini merupakan fasa terbaik pembinaan Tembok Besar China. Ia memiliki tembok luaran di utara dan tembok dalaman di selatan serta sejumlah laluan dan gerbang di antara kedua-dua tembok ini.

Kemudian, Tembok Besar China sekali lagi rosak pada zaman Dinasti Qing (1636 Masihi). Tiada pembaikpulihan tembok ini pada masa ini hinggalah Kerajaan China moden membaiki tembok ini sekitar tahun 1950-an.

Kali ini, Tembok Besar China ini bukan lagi sebagai simbol pertahanan tetapi merupakan simbol kebangsaan dan budaya China dan ia diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1987.

Menyaksikan sejarah peperangan dari generasi ke generasi

Tembok Besar China menyaksikan sejarah peperangan dari generasi ke generasi. Banyak darah dan nyawa gugur dan tumpah di tembok ini pada seawal pembinaannya hinggalah pada saat hancurnya tembok ini.

Dalam Islam, matlamat peperangan bukanlah untuk memiliki dunia, tetapi menyebarkan agama. Dikongsikan ucapan sahabat Rasulullah SAW, Rib’i bin Amir r.a  kepada Panglima Parsi, Rustam. Rustam bertanya kepada beliau: “Apa tujuan kamu datang ke sini?”

Jawab Rib’i: “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka sesiapa yang menerima perkara tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi sesiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya sehinggalah kami berjaya memperoleh apa yang dijanjikan Allah SWT (Syurga) .”