Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii

Dunia 26 Nov 2020
Ibrah daripada Kemusnahan Kota Pompeii
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii © britannica.com

Islam amat menggalakkan umatnya untuk memerhatikan alam semesta dan mengambil pengajaran (ibrah) darinya. Artikel ini, ‘Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii’ akan memberi fokus kepada pengajaran yang pelbagai.

Di samping mengambil pengajaran daripada ciptaan-ciptaan Allah SWT di sekeliling kita, manusia juga digalakkan untuk meneliti sejarah-sejarah orang terdahulu untuk diambil iktibar dari kisah mereka.

Kota Pompeii terletak di Rom

Kota Pompeii merupakan sebuah bandar kuno di negara Rom. Sekarang Kota Pompeii terletak di Campania, Itali. Kota Pompeii binasa disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Vesavius pada tahun 79 Masehi.

Letusan gunung berapi ini berlarutan selama dua hari dan mengakibatkan kematian beribu-ribu orang. Ini merupakan bencana alam yang sangat teruk.

Tamadun dan teknologi di Kota Pompeii

Bandar ini mempunyai amfiteater (tempat terbuka untuk hiburan, seolah-olah tempat untuk konsert yang besar), gimnasium, kawasan mandi untuk orang awam dan pelabuhan yang amat penting.

Kota ini merupakan bandar yang maju dan moden.

Hedonisma di Kota Pompeii

Kota Pompeii merupakan pusat hiburan yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Daripada hasil arkeologi, didapati mayat-mayat yang telah keras disebabkan lava gunung berapi dan debunya menunjukkan posisi sedang melakukan seks di tempat-tempat awam tanpa rasa malu.

Banyak juga ditemui perlakuan seks sesama jantina (homoseksual) dan juga hubungan seks lelaki dengan kanak- kanak bawah umur (fedofilia).  Dikatakan homoseksual dan heteroseksual sangat berleluasa di kota ini.

Kota Pompeii juga menjadikan pertarungan mati gladiator sebagai satu budaya dan hiburan seolah-olah nyawa sesetengah manusia itu tiada nilai.

Pemusnahan Kota Pompeii

Pada 24 Ogos 79 Masehi, di saat manusia sedang leka dan berhibur memuaskan nafsu mereka, beberapa kawasan di kota ini mengalami gegaran gunung berapi. Pada mulanya Gunung Vesavius mengeluarkan letusan kecil yang mengandungi awan panas dan abu sahaja.

Ketika ini, ada sebahagian kecil masyarakat kota berjaya menyelamatkan diri mereka. Kemudiannya letusan gunung berapi ini berterusan dengan mengeluarkan awan panas hitam dan lava yang menyimbah masyarakat dan keseluruhan Kota Pompeii terus menerus hingga menyebabkan tiada lagi yang dapat keluar daripada kota ini dengan selamat. Hujan abu volkanik ini mengebumikan kota ini hidup-hidup.

Ini diceritakan oleh Pliny dalam surat-suratnya dan ditemui oleh ahli arkeologi. Mayat-mayat keras yang dijumpai kelihatan mereka dalam keadaan terkejut dan mengalami azab yang mereka tidak jangka. Begitulah Kota Pompeii yang begitu membangun penuh kemewahan dan kenikmatan terkubur dan tidak mampu dibina lagi. Kota ini terkubur bersama lebih kurang 20 000 penghuninya.

Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa antara pengajaran daripada kemusnahan Kota Pompeii ini ialah kita percaya yang Allah SWT jadikan kemusnahan ini sebagai satu pengajaran buat kita. Allah Maha Berkuasa dan Allah boleh memusnahkan sesuatu dengan senang sahaja.

Dunia ini adalah tempat ujian. Siapa yang menyerahkan diri mereka kepada Allah SWT akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan, manakala sesiapa yang ingkar kepada Allah, ketahuilah bahawa azab Allah amatlah pedih.

“Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.”

(Surah Hud, 11:102)