IFSB keluar garis panduan disemak semula mengenai Petunjuk Kewangan Islam Berhemat dan Berstruktur

Uncategorized Adea Ghafar 27-Dis-2019
Islamic Finance, Kewangan Islam
© Olivier Le Moal - Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Untuk bersaing dengan kemajuan terkini kawal selia tempatan dan antarabangsa, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) telah mengeluarkan Garis Panduan Kompilasi Disemak Semula mengenai Petunjuk Kewangan Islam Berhemat dan Berstruktur (PSIFI) 2019.

IFSB berkata, objektif utama PSIFI adalah memudahkan pemantauan dan analisis kekuatan dan kestabilan industri perkhidmatan kewangan Islam menerusi petunjuk kekuatan kewangan berstruktur dan berhemat, dan ia merangkumi garis panduan mengenai pengumpulan, penyusunan dan penyebaran PSIFI bagi perbankan, pasaran modal dan institusi takaful Islam.

PSIFI adalah panduan bagi penyeragaman metodologi penyusunan dan penyebaran data untuk institusi-institusi perkhidmatan kewangan Islam dan ia boleh dimuat turun di www.ifsb.org