Iklan berunsur lucah: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tuntut surat tunjuk sebab

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

YWP telah memanggil syarikat operator yang bertanggungjawab untuk pemasangan iklan Sugarbook yang berunsur lucah. Pihak YWP turut memberikan notis amaran serta menuntut surat tunjuk sebab daripada pihak terbabit.

Semalam media sosial gempar apabila iklan paparan berunsur lucah, aplikasi SugarBook ditularkan berada di dua lokasi di Kuala Lumpur.

YWP telah menerima aduan berkaitan pemasangan visual berkenaan di Mont Kiara dan Bangsar pukul 8.15 malam tadi. Tindakan segera telah diambil dengan menghubungi syarikat operator berkenaan dan mengarahkan agar pemaparan visual tersebut diturunkan serta-merta.

Pemeriksaan pada pukul 9.45 malam mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan menurut arahan yang dikeluarkan.