Ikuti perkembangan cuaca dan jadual penanaman untuk elak kerugian

Uncategorized Hafiz Firdaus 16-Dis-2019

KUALA TERENGGANU, 15 Dis – Berikutan banjir di Terengganu masih dalam fasa Monsun Timur Laut yang berakhir Mac 2020, petani dan pesawah disaran mengikuti perkembangan cuaca dan jadual penanaman yang ditetapkan bagi mengelakkan kerugian kali kedua.

Mohamad Zamil Ghazali, Ahli Jemaah Peladang, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) berkata, para petani tidak perlu terus menanam semula bagi mengelak daripada kerugian besar apabila mengalami kemusnahan banjir yang mungkin berlaku lagi.

PPNT sedang menilai kerugian dan bantuan seperti jentera dan benih tanaman akan diteliti dengan sewajarnya. Laporan telah diterima daripada daerah Setiu membabitkan 28 petani dengan anggaran kerugian RM3,000 hingga RM5,000 setiap ekar tanah.