Ilmu bahasa Arab dan cabang-cabangnya

Dunia Zalika Adam 21-Ogo-2020
Surah Al-Fatihah di bahagian siling kubah Masjid Hagia Sophia, Turki © Amani A | Dreamstime.com

Bahasa Arab ialah bahasa yang berasal dari bahasa Semit. Ia merupakan bahasa ibunda di seluruh negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, Jordan, Sudan, Libya, Maghribi, Algeria, Syria dan sebagainya. Bahasa Arab juga merupakan bahasa Al-Quran dan Hadis yang merupakan pegangan utama bagi umat Islam.

Bahasa Arab turut diajar di beberapa buah sekolah rendah dan sekolah Menengah di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain. Ia juga merupakan kursus wajib atau elektif bagi beberapa Instituti Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Turut diajar juga di beberapa universiti di luar negara yang penduduknya bukan beragama Islam seperti di Jepun, Korea, China dan sebagainya.

Bahasa Arab juga dipanggail dengan bahasa Ad-Dhood kerana bahasa ini sahaja yang mempunyai keunikan huruf ad-Dhood. Hampir semua 28 huruf bahasa Arab menggunakan tempat keluar huruf yang tertentu, membezakan dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Cabang-cabang ilmu Bahasa Arab

Cabang ilmu yang utama ialah:

  • Ilmu Semantik: Kajian ilmu yang berkaitan makna kata dan ayat dalam sesuatu bahasa
  • Ilmu Sinteksis: Kajian ilmu yang mengkaji struktur sesuatu ayat
  • Ilmu Morfologi (Ilmu Sorf): Kajian Linguistik yang berkaitan dengan hubungan morfin-morfin dan varian morfin. Iaitu bidang yang mengkaji pembentukan kata
  • Ilmu Balaghah: Ilmu yang berkaitan dengan kefasihan sesuatu ujaran atau kata-kata dan kehendaknya dengan kehendak situasi ilmu. Ia terbahagi kepada 3 kompenan iaitu Ilmu Ma’ani, Ilmu Bayan, Ilmu Badi’
  • Ilmu Dilalah dan Ishtiqaq: Ilmu yang berkaitan dengan petunjuk perubahan perkataan. Seperti perkataan tulis kepada penulis, benda yang ditulis
  • Ilmu Arudh dan Qafiyah: Ilmu yang membincangkan aturan bait dan kata akhir syair

Perkembangan Bahasa Arab

Bahasa Arab boleh dibahagikan kepada dua:

  • Bahasa Arab Umum: Iaitu bahasa Arab yang diajarkan di dalam kelas. Ia meliputi Ilmu Semantik, Morfologi, Dilalah, Balaghah. Ilmu bahasa ini lebih menjurus kepada pengajaran teori dan praktikalnya sahaja. Cara membuat ayat dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu
  • Bahasa Arab Khusus: Ialah bahasa Arab yang diajarkan untuk tujuan tertentu, seperti bahasa Arab untuk tujuan perniagaan, keagamaan, pelancongan, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Penggunaan struktur dan laras bahasa dikhususkan pada bidang-bidang tertentu

Justeru, perkembangan Bahasa Arab adalah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Setiap perkembangan bahasa dikaitkan dengan perubahan bahasa khusus agar ia dapat diterjemahkan dalam laras bahasa yang terpilih.