Imran punyai sebab sendiri tidak dapat hadir Sidang Kemuncak KL – Dr Mahathir

Uncategorized Adea Ghafar 17-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pejabat Perdana Menteri Malaysia hari ini telah mengesahkan ketidakhadiran Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ke Sidang Kemuncak KL 2019 yang bermula esok selama empat hari.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya persidangan itu menyatakan, Imran Khan pastinya mempunyai sebab tersendiri tidak dapat hadir ke Sidang Kemuncak KL 2019.

Beliau menegaskan bahawa kemungkinan Imran Khan berhadapan masalah lain, dan semestinya, agama Islam tidak bersifat memaksa dalam perkara sebegini.