Imunisasi oral polio diberi pada kanak-kanak bawah lima tahun di Sabah

Uncategorized Ahmad Mahmud 27-Dis-2019
Vaksin polio
© Tobias Arhelger - Dreamstime.com

TUARAN, 27 Dis — Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung yang merasmikan Kempen Imunisasi Polio (KIP) 2019/2020 di Dewan Taman Telipok Ria, mengumumkan imunisasi polio secara oral akan diberikan secara berperingkat kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun bagi mencegah penularan virus dan memastikan Sabah bebas daripada polio.

Seramai 1,000 kanak-kanak di Tuaran telah menerima imunisasi polio dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperluaskan kempen imunisasi ke seluruh Sabah, terutamanya di kawasan berisiko.

Pengarah JKNS, Datuk Christina Rundi berkata sasaran menjelang Jun tahun depan adalah setiap kanak-kanak dapat diberikan dua dos imunisasi polio.