India sekat Internet dan kenakan perintah berkurung

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Kerajaan India menyekat perkhidmatan Internet di beberapa kawasan susulan tiga orang maut dan ramai yang cedera. Insiden berlaku berikutan  protes membantah undang-undang baru kewarganegaraan.

Perintah berkurung juga dikuatkuasakan di bandar Mangaluru, selatan Karnataka. Bandar tersebut merupakan lokasi dua orang penunjuk perasaan yang terbunuh selepas polis melepaskan tembakan. Satu lagi kes kematian dilaporkan di Lucknow, utara Uttar Pradesh.

Laporan akhbar The Hindu memetik, perintah berkurung akan berkuat kuasa sehingga tengah malam 22 Disember. Perkhidmatan Internet pula disekat di Dakshina (selatan) Kannada hingga Sabtu malam Perkhidmatan Internet turut disekat di Uttar Pradesh, Lucknow, Ghaziabad, Pilibhit, Sambhal, Bareilly dan Meerut.