Informasi tempat menarik sekitar Dataran Merdeka melalui imbasan kod QR

Uncategorized Ahmad Mahmud 23-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Projek rintis ‘Dataran Merdeka KLQR Trail’ yang bermula 20 Disember telah mengenalpasti 17 lokasi pelancongan menarik di sekitar Dataran Merdeka yang membolehkan informasi mengenai lokasi-lokasi itu didapati secara terus ke telefon pintar melalui pemasangan imbasan kod QR.

Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noor Azman Mahilin berkata di majlis prapelancaran projek, antara lokasi-lokasi terbabit adalah Tiang Bendera Dataran Merdeka, Victorian Fountain, Jambatan Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Dataran Merdeka.

Noor Azman menggalakkan pemandu pelancong menggunakan laluan KLQR Trail dan beberapa cadangan tambahan lokasi termasuk Bukit Bintang, Taman Botani Perdana dan Kampung Baru.