Ini lima faedah yang anda dapat jika makan coklat gelap

Makanan Sihat Md Wa'iz
Md Wa'iz
Ini lima faedah yang anda dapat jika makan coklat gelap
Ini lima faedah yang anda dapat jika makan coklat gelap © William Fullerton | Dreamstime.com

Biasakah anda memakan coklat gelap? Coklat gelap adalah sejenis coklat yang tidak ditambah susu dan hanya diletakkan sedikit gula atau tanpa sebarang gula. Oleh sebab itu, rasanya agak pahit dan warnanya juga lebih gelap.

Namun, apakah manfaat atau kebaikan memakan coklat jenis ini?

Kebaikan dan manfaat coklat gelap

Coklat gelap terbaik adalah coklat gelap tanpa sebarang tambahan gula di dalamnya. Ini bermakna, coklat tersebut hanyalah sari coklat asli tanpa sebarang bahan tambahan.

Coklat jenis ini sebenarnya mempunyai manfaat kepada kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaatnya:

1. Kaya antioksidan

Biji coklat atau biji koko merupakan antara jenis bahan makanan yang tinggi kandungan antioksidan. Coklat gelap sangat kaya dengan sebatian organik yang aktif dan bertindak sebagai antioksidan.

Antara sebatian tersebut ialah polifenol, flavanol dan katekin. Kajian menunjukkan, kandungan antioksidan dalan coklat ini jauh lebih tinggi berbanding buah blueberi.

2. Kebaikan coklat gelap: menurunkan tekanan darah

Flavanol yang terdapat dalam coklat ini merangsang dinding arteri untuk menghasilkan oksida nitrik. Salah satu fungsi oksida nitrik ini ialah untuk menenangkan arteri yang kemudiannya mengurangkan tekanan darah.

Kajian menunjukkan, kesan yang diiberikan oleh coklat ini boleh menurunkan tekanan darah dan memperbaiki aliran darah. Namun, kesannya hanya bersifat sedikit atau ringan.

3. Mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung

Dalam kajian yang dijalankan terhadap 470 orang lelaki warga emas, coklat ini dilihat mampu mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung. Risiko yang dapat dikurangkan itu adaah sebanyak 50% dalam tempoh selama 15 tahun.

Ada juga kajian yang menyatakan, memakan coklat jenis ini lebih lima kali dalam seminggu juga boleh menurunkan risiko penyakit jantung.

4. Mungkin boleh meningkatkan fungsi otak

Ada satu kajian menunjukkan, individu yang memakan coklat jenis ini dilihat memiliki peningkatan aliran darah ke bahagian otak. Hasil ini dilihat selepas mereka memakan coklat ini selama lima hari.

Selain itu, coklat jenis ini juga dilihat boleh meningkatkan fungsi kognitif otak yang sering terjejas dalam kalangan warga emas. Kesemua kesan positif coklat terhadap otak ini mungkin berpunca daripada bahan di dalamnya iaitu kafein dan juga theobromine.

5. Manfaat coklat terhadap usus

Kajian ada menujukkan, dengan memakan sedikit coklat sebelum dan selepas makan akan memicu hormon untuk memberi isyarat kepada otak bahawa anda sudah kenyang. Selain tu, coklat yang dimakan dan berada dalam usus akan bertindak seperti prebiotik.

Prebiotik berfungsi sebagai makanan untuk probiotik atau bakteria baik yang berada dalam usus anda. Semakin banyak jumlah bakteria baik dalam usus anda, maka semakin mudah tubuh badan anda menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan.

Seperti yang dinyatakan di atas ini, coklat jenis ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh. Tetapi ingat, hanya coklat gelap sahaja yang memberikan manfaat ini.

Coklat biasa yang anda makan telah dicampur dengan susu dan gula, dan ia tidak memberikan kebaikan kepada kesihatan. Malah, boleh merisikokan anda kepada penyakit lain seperti diabetes.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.