Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Ini lima Muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2021

Terkenal 19 Jan 2021
Terkini oleh Md Wa'iz
Ini lima Muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2021
Ini lima Muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2021 © themuslim500.com

Baru-baru ini, The World’s 500 Most Influential Muslims melalui telah mengeluarkan senarai 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2021. Ini adalah hasil kajian oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, sebuah entiti penyelidikan yang berpusat di Jordan.

Berikut adalah lima orang Muslim paling berpengaruh di dunia mengikut kedudukan.

Ini lima Muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2021

5. Muhammad Taqi Usmani

Muhammad Taqi Usmani adalah seorang tokoh ulama terkenal dari Pakistan. Beliau merupakan seorang ulama terkenal dalam bidang hadis, syariah dan juga kewangan Islam.

Muhammad Taqi dilahirkan di Deoband, India yang merupakan anak kepada Mufti Muhammad Shafi, bekas Mufti Besar Pakistan. Beliau mempunyai beribu-ribu pelajar di seluruh dunia. Antara peranan beliau sebelum ini ialah sebagai penterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Arab dan juga Inggeris.

4. Raja Abdullah II

Raja Abdullah II adalah raja pemerintah bagi Negara Jordan. Gelaran beliau ialah Penjaga Tanah Suci Orang Islam dan Kristian di Baitulmaqdis. Beliau berpengaruh sebagai seorang pemerintah Islam yang bertanggungjawab kepada kesucian Tanah Suci umat Islam yang ketiga iaitu Baitulmaqdis.

Keturunan beliau merupakan keturunan yang bertanggungjawab menjaga Baitulmaqdis sejak sebelum Negara Jordan diwujudkan lagi. Raja Abdullah II merupakan generasi ke-41 keturunan Rasulullah SAW daripada jurai cucu Baginda, Al-Hassan.

3. Ayatollah Haji Sayyid Ali Khamenei

Ayatollah Haji Sayyid Ali Khamenei merupakan Pemimpin Agung kedua bagi Republik Islam Iran. beliau pernah dilantik sebagai Presiden Iran pada tahun 1981 hingga 1989. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pemimpin Agung selepas kematian Ayatollah Khomeini.

Beliau juga merupakan antara pengasas awal Republik Islam Iran selepas kejatuhan Shah Iran pada tahun 1979.

2. Raja Salman Al-Saud

Raja Salman Al-Saud ialah raja pemerintah ketujuh bagi Negara Arab Saudi. Baginda ditabalkan sebagai raja Arab Saudi pada bulan Januari 2015. Gelaran beliau ialah Penjaga Dua Masjid Suci Orang Islam.

Sebelum menjadi raja Arab Saudi, beliau adalah Putera Mahkota Arab Saudi sejak tahun 2012. Sebagai seorang pemerintah Arab Saudi, beliau menjadi pemilik kepada antara simpanan petroleum terbesar di dunia. Ini kerana Arab Saudi mempunyai sekitar 20% daripada rizab minyak dunia.

1. Recep Tayyip Erdogan

Siapa sahaja yang tidak mengenali susuk tubuh bernama Recep Tayyip Erdogan. Sebelum menjadi Presiden Turki, beliau adalah Perdana Menteri Turki daripada tahun 2002. Pada tahun 2014, beliau telah dipilih sebagai Presiden Turki dan diiktiraf sebagai presiden paling popular yang dipilih oleh rakyat Turki.

Beliau amat dikenali dengan suaranya yang lantang mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan tidak menjuarai kebenaran. Beliau juga banyak menyuarakan isu-isu umat Islam seperti isu pelarian Syria, pendudukan haram Zionis di Palestin dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, beliau telah menukarkan kembali fungsi Hagia Sophia daripada sebuah muzium kepada masjid.

Kelima-lima tokoh ini adalah tokoh Muslim yang bukan sahaja dikenali di negara mereka, tetapi di seluruh dunia. Setiap seorang mempunyai pengaruh yang amat besar di seluruh dunia terutamanya di dunia Islam.

Setiap keputusan, kata-kata dan perbuatan mereka akan menjadi topik perbincangan hangat di seluruh dunia tahun ini.